Periuk Noxxa | Antara Kegilaan dan Kenyataan Berbaloikah Beli?

Sponsored Links
Periuk Noxxa | Antara Kegilaan dan Kenyataan Berbaloikah Beli?
Periuk Noxxa | Antara Kegilaan dan Kenyataan Berbaloikah Beli?
Sejak kebelakangan ini periuk tekanan iaitu Periuk NOXXA seperti menjadi sangat VIRAL. Terutama sekali dikalangan wanita atau lebih tepat lagi di kalangan GURU sekolah. Ya, percaya atau tidak boleh dikatakan mungkin hampir separuh guru-guru wanita di Malaysia mungkin memiliki periuk noxxa ini.

Ya, saya katakan sekadar MEMILIKI bukan MENGGUNAKAN. Kenapa?
Antara Kegilaan dan Kenyataan

1. Harga yang mahal

Harga periuk noxxa ini sebenarnya mencecah RM700 plus minus dimana mungkin ada yang lebih mungkin ada yang kurang bergantung kepada cara pembelian atau deals anda dengan pengedar. Walaupun harga yang mahal, tetapi ramai dikalangan kita (terutama guru) yang masih mampu membelinya kerana kebanyakkan mungkin membuat bayaran secara ansuran. Betul kan?

Tepuk dada tanya iman. Anda mampu beli, maka beli sahajalah jika memerlukan. Jangan ikut KAWAN!


2. Resepi yang pelbagai

Ya, menggunakan periuk noxxa ini dikatakan kita boleh memasak pelbagai jenis masakan sama ada nasi, kek, kuih, lauk pauk, dan pelbagai lagi. Hinggakan ada sudah dibukukan resepi-resepi masakan menggunakan periuk noxxa ini yang rata-rata diberikan atau diphotostat ketika membeli periuk ini. Ya, saya sendiri pernah melihat buku resepi noxxa ini. Sangat tebal!

Jadi, dengan adanya periuk noxxa dan buku resepi ini kita tidak perlu pening kepala untuk mereka atau mencuba sendiri masakan. Hanya perlu bukak buku resepi dan terus masak!


3. Jimat masa!

Menggunakan periuk tekanan noxxa, dikatakan masak nasi kini hanya mengambil masa 8 minit sahaja! Buat popcorn hanya 2 minit! Dan pelbagai lagi. Bahkan untuk buat sup tulang juga hanya memerlukan masa yang singkat untuk melembutkan daging!

Tak percaya? Cubalah sendiri. Memang sekejap sahaja masak kerana periuk noxxa ini mempunyai pilihan memasak secara "High Pressure".


Tetapi.....

Berbaloikah membelinya???

Sekali lagi tepuk dada tanya iman anda.

Setakat pengalaman sendiri yang baru lagi membeli lebih kurang beberapa minggu ini. Setakat ini hanya 2 menu dibuat. Iaitu Maggi Kari, dan Pop Corn!

Ya, secara jelasnya sangat merugikan jika anda membeli sekadar mengikut kawan. Ramai dikalangan rakan yang membelinya menyatakan masih belum buka kotak pun lagi walaupun sudah beberapa lama membelinya. Ada yang beli, guna sekejap. Ada yang simpan. Dan bermacam lagi.

Pendek kata, akhirnya kembali kepada tradisional juga iaitu lebih puas memasak menggunakan dapur gas.

Jadi, RM700 ibarat dibuang disimpan didalam kotak yang kemudian dibiarkan sahaja di dalam almari. Ya, sangat merugikan kerana akhirnya disimpan sahaja. Namun jika anda kuat sangat inginkan perubahan, semoga berjaya!

Periuk Noxxa | Antara Kegilaan dan Kenyataan Berbaloikah Beli? ditulis sekadar memberikan pandangan peribadi.

Related Posts

Periuk Noxxa | Antara Kegilaan dan Kenyataan Berbaloikah Beli?
4/ 5
Oleh