Kenapa Masalah Mulut Berbau Berlaku Walaupun Sudah Gosok Gigi?

Sponsored Links
Kenapa Masalah Mulut Berbau Berlaku Walaupun Sudah Gosok Gigi?
Kenapa Masalah Mulut Berbau Berlaku Walaupun Sudah Gosok Gigi?
Masalah mulut atau nafas berbau ini sering menghantui ramai dikalangan kita. Tidak kira jantina sama ada lelaki atau perempuan mahupun umur. Mulut berbau pasti menggusarkan hati kita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin kerana pasti jika mulut berbau akan menjejaskan hubungan di atas katil anda. Betul bukan?

Sebelum kita berbicara lebih jauh, pastikan anda membaca dahulu 7 cara menghilangkan bau mulut dengan mudah. InsyaAllah semoga tips tersebut berjaya mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah anda.

Bau mulut dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’ atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘Bad Breath’. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain.

Hasil kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20 peratus daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. Dan tentu saja hal itu akan menjadi masalah ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.

Ramai daripada mereka yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk menghilang dan mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.


Penyebab Bau Mulut / Halitosis


Apa penyebab mulut antum mengeluarkan bau yang kurang enak?

Jika antum ingin menghilangkan bau mulut, maka antum harus tahu pelbagai punca yang menimbulkan masalah tersebut. Dengan mengetahui hal ini, cara dan kaedah yang antum lakukan untuk mengatasi hal tersebut akan lebih tepat dan lebih efekif.

Beberapa penyebab yang paling umum di antaranya:

1. Bakteria

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

Apabila antum mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika antum mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut antum berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi menurun dan mengakibatkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan jika tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.


2. Kekurangan Air Liur

Sekiranya mulut antum kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut antum selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut antum sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.

Punca Kekurangan Air Liur

Antara sebab mengurangkan pengaliran air liur:
Ø  Tekanan perasaan (stress)
Ø  Pengambilan minuman alkohol
Ø  Kekurangan air dalam badan (dehydration)
Ø  Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur
Ø  Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
Ø  Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
Ø  Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
Ø  Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
Ø  Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.

Semoga artikel Kenapa Masalah Mulut Berbau Berlaku Walaupun Sudah Gosok Gigi? ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share. Tq

Related Posts

Kenapa Masalah Mulut Berbau Berlaku Walaupun Sudah Gosok Gigi?
4/ 5
Oleh