Sponsored Links
Kemalangan Ngeri 2 Bot Berlanggar di Tuaran |
Mak Jin, 42, terpaksa menanggalkan seluarnya bagi memudahkan pergerakan untuk menyelamatkan dirinya dan kanak-kanak itu yang berpaut di bahunya.
"Kanak-kanak itu menjerit meminta tolong. Saya suruh dia berpaut di belakang saya dan membawanya ke perahu (salah sebuah bot yang berlanggar)," kata lelaki itu ketika ditemui pemberita di Hospital Tuaran di sini hari ini.
Beliau yang masih trauma dengan kejadian itu melahirkan penghargaan kepada penduduk kampung yang datang membantu menyelamatkan penumpang bot.
Rosidah Abu Zarin, 45, pula berkata ketika kejadian masing-masing menyelamatkan diri dan menjerit meminta pertolongan daripada orang kampung yang datang ke situ untuk memberi bantuan.
"Terima kasih kepada orang kampung yang menyelamatkan saya dan menghantar saya ke hospital," katanya yang turut bersedih dengan mangsa bot yang terkorban.
Sementara itu, Dewi Ratna Sari Dariman, 25, sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku dan bersyukur kerana terselamat.
"Saya bersyukur kerana pandai berenang. Saya menyelamatkan diri dan pergi ke bot yang terapung," katanya yang berasal dari Tawau.
Bagaimanapun, Dewi turut melahirkan rasa sedih atas pemergian rakannya Nurul Hazda Hussin yang terkorban dalam kejadian itu.
Katanya dia dan Nurul Hazda bersama rakan sekerja lain sedang dalam perjalanan menaiki bot ke Panimbawan dari Jeti Kampung Serusup bagi menghadiri majlis kenduri kahwin rakan mereka di sana semasa kejadian berlaku.
Nurul Hazda antara enam terkorban dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu. - Bernama
Kemalangan Ngeri 2 Bot Berlanggar di Tuaran
4/
5
Oleh
Unknown