Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sayang Baby Comel Anda?? Kalau YA, Anda Kena Tahun 5 Punca Baby Anda Susah Tidur di Waktu Malam.. Punca #No3 Mungkin Ramai Tak Perasan

Sayang Baby Comel Anda?? Kalau YA, Anda Kena Tahun 5 Punca Baby Anda Susah Tidur di Waktu Malam.. Punca #No3 Mungkin Ramai Tak Perasan
Sayang Baby Comel Anda?? Kalau YA, Anda Kena Tahun 5 Punca Baby Anda Susah Tidur di Waktu Malam.. Punca #No3 Mungkin Ramai Tak Perasan
Adakah anda runsing bayi anda susah untuk tidur pada malam hari?

Bayi yang kurang tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah.Ini adalah kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur, termasuklah hormon pertumbuhan otak bayi.

Jelas membuktikan tidur adalah aktiviti penting buat bayi. Ini bermakna mereka memerlukan waktu tidur lebih lama untuk perkembangan tubuh dan otaknya.

Lamanya waktu tidur yang baik untuk bayi 0-6 bulan rata-rata dianggarkan 16 jam sehari. Semakin bertambah usianya, maka waktu tidurnya menjadi semakin berkurangan.

Antara Punca Yang Menyebabkan Bayi Sukar Tidur

1. Kelaparan 

Bayi juga manusia biasa, malahan lebih lemah sifat fizikal mereka jika dibandingkan dengan seseorang dewasa. Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan ia juga kerap terasa lapar. Sebagai ibu, susukanlah anak anda sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Sebelum tidur, susukanlah anak anda secukup-cukupnya, pasti masalah bayi anda yang susah tidur ini akan mula berkurangan.


2. Suasana Yang Tidak Selesa 

Tidur memerlukan relaks dan ketenangan sendiri. Jadi, jauhkan bilik tidurnya dari suasana bising dan lampu yang terlalu terang. Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk menjaga keselesaan serta kesihatan bayi. Suhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika menggunakan pendingin udra, atur suhunya jangan sampai bayi menggigil kesejukan.


3. Tidak Selesa Dengan Pakaian 

Pakaian yang tidak selesa di tubuh bayi, seperti tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menganggu tidur bayi. Sebaiknya, pakaikanlah baju tidur yang ukurannya sesuai dengan tubuh bayi (jangan terlalu besar/kecil), serta diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.


4.  Mula Tumbuh Gigi 

Tumbuh gigi bagi bayi amat menyakitkan sehingga tidurnya menjadi kurang nyenyak. Gigi yang baru hendak tumbuh akan membuatkan bayi berasa tidak selesa kerana gusinya terasa gatal.  Usia bayi di mana gigi pertamanya mula tumbuh  adalah berbeza-beza, namun rata-rata bayi mulai tumbuh gigi pada sekitar enam bulan. Kebanyakan bayi yang tumbuh gigi akan menunjukkan tanda-tanda seperti mengeluarkan air liur dan suka menggigit benda keras. Cara terbaik untuk melegakan ketidakselesaan anak anda ialah dengan picit gusinya dengan lembut. Pastikan anda membasuh tangan sebelum melakukannya untuk mengelakkan pembiakkan kuman di dalam mulut anak anda.


5. Penyakit Atau Masalah Kesihatan 

Biasanya bayi kalau ada sesuatu yang tidak selesa di tubuhnya seperti adanya penyakit atau gangguan kesihatan seperti demam dan batuk pasti akan kerap menangis. Jika perlu, segeralah ke doktor kerana gangguan pernafasan pada setiap bayi adalah berbeza-beza.

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hadirnya cahaya mata dalam kehidupan berkeluarga akan melengkapkan suasana harmoni sesebuah perkahwinan.

Namun ada kalanya , impian untuk mendapatkan zuriat gagal dalam sesebuah perkahwinan. Stress dan putus asa banyak dihadapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti cahaya mata.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat. Kebiasaannya punca seseorang wanita itu gagal hamil adalah atas beberapa sebab seperti;

1. Masalah ovulasi
Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.


2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.


3. Lelaki juga boleh menjadi punca
Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.


4. Punca lain
Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:

1. Mengambil Vitamin:-
Untuk cepat hamil, pengambilan vitamin atau pun jenis makanan mengandungi bahan-bahan diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengambil 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Dan wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan tabung otak janin kelak.

2. Melakukan Hubungan Seksual Waktu Subur :-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu isteri subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh isteri. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada isteri yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

4. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang isteri mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

5. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi isteri di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

6. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

7. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

8. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

9. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa isteri yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

10. Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa:-
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Allah. Oleh kerana itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkati dikurniakan cahaya mata. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, segeralah mengambil wuduk dan berdoalah.

Berikut adalah doa cepat hamil dan mendapat zuriat yang soleh;

Doa Nabi  Zakaria a.s Memohon Diberi Anak yang Soleh

Surah Al-Furqaan: Ayat 74
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Surah Ali Imran: Ayat 38
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!


Doa Nabi Ibrahim a.s

Surah Al-Saffat: Ayat 100
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Apa yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Selamat menimang cahaya mata...

http://downloadpelbagai.blogspot.my/2013/11/10-tips-mudah-hamil.html




Dalam Islam, Bekam ini bagus. Tetapi lihat apa terjadi bila sudah overdose bekam

Dalam Islam, Bekam ini bagus. Tetapi lihat apa terjadi bila sudah overdose bekam
Dalam Islam, Bekam ini bagus. Tetapi lihat apa terjadi bila sudah overdose bekam
China, 23 Jun - Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin,  menderita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula lapor Siakapkeli.

Li Lin berkata, "Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya"

Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.

Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital di mana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.

Dalam Islam, Bekam ini bagus. Tetapi lihat apa terjadi bila sudah overdose bekam


Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.

Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.

"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari", tulis netizen lain.

Allahuakhbar Apa Kita Sudah Buat! Mulai Hari Ini Jangan Goncang atau Lambung Bayi Lagi!

Allahuakhbar Apa Kita Sudah Buat! Mulai Hari Ini Jangan Goncang atau Lambung Bayi Lagi!
Allahuakhbar Apa Kita Sudah Buat! Mulai Hari Ini Jangan Goncang atau Lambung Bayi Lagi!


Adakah Anda Pernah Lihat atau Anda Sendiri Pernah Lakukan?

Ada ibu bapa yang menjaga anaknya yang masih bayi dengan cara membaling ke udara dan kemudian menangkapnya untuk mendengar ketawa bayi.

Ada juga yang menggoncang badan bayi. Jika anda berbuat demikian, berhenti serta-merta. Ketika orang lain dilihat berbuat demikian pada bayi mereka, berhenti kerana ia adalah berbahaya kepada badan bayi.

Adakah anda tahu? Beberapa tahun yang lalu, pakar-pakar perubatan mengenal pasti jenis penyakit yang serius pada bayi, yang dipanggil “Sindrom Kematian secara tiba-tiba” Salah satu puncanya adalah satu kejutan kepada badan bayi. Ia mengejutkan betul.


Jangan Goncang Atau Lambung Bayi ke Udara

Di Jerman, purata kira-kira 100 bayi setiap tahun mengalami kerosakan otak yang teruk kerana digoncang penjaga. Laporan mengenai angka-angka ini, berdasarkan kepada bancian unit penyakit yang jarang berlaku kepada kanak-kanak di Jerman. Persatuan Pediatrik di Jerman menganggarkan bilangan bayi yang mengalami trauma disebabkan oleh goncangan sebenarnya lebih tinggi.

“Gegaran selama lima saat sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan kepada fungsi otak,” kata Profesor Hans-Juergen Nentwich, ahli lembaga pengarah persatuan itu. ”

Mengapa kejutan pada bayi boleh membawa kepada kematian?

Penjelasan Kenapa Tidak Boleh Goncang Atau Lambung Bayi ke Udara

Menurut pakar-pakar perubatan, bayi masih kecil tidak boleh memegang sendiri kerana otot leher lemah. Keputusannya, jika bayi digoncang badannya, kepalanya akan berpindah ke depan dan belakang.

Bergoyang-goyang ini menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan dalam otak dan juga pada permukaan otak, yang boleh menyebabkan masalah yang serius di dalam otak bayi, dan boleh menyebabkan masalah tetap berlaku, seperti:

1. Kerosakan pada otak
2. Cerebral palsy
3. Buta
4. Epilasi
5. Kesukaran bercakap
6. Pembelajaran menjadi sukar
7. Kesukaran mendengar
8. Masalah hati
9. Terencat akal

Bayi Boleh Mati Jika Digoncang Atau Lambung Bayi ke Udara!

Allahuakhbar Apa Kita Sudah Buat! Mulai Hari Ini Jangan Goncang atau Lambung Bayi Lagi!
Allahuakhbar Apa Kita Sudah Buat! Mulai Hari Ini Jangan Goncang atau Lambung Bayi Lagi!

Perkara Perlu dielakkan dan Tips Pencegahan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dielakkan dengan tips pencegahan:
  • Jangan pernah menggoncang bayi di bawah umur 3 tahun.
  • Apabila anda membawa bayi anda, jangan lupa untuk sentiasa menyokong kepala bayi dengan tangan anda.
  • Beritahu tentang kepentingan untuk melindungi kepala bayi anda pada pengasuh anda.
  • Pastikan semua orang rapat yang sering memegang bayi anda mengetahui bahaya sebenar bayi jika digoncang atau dilambung.



Risiko Kematian "Sindrom Goncangan Baby"

Dalam sesetengah kanak-kanak juga boleh menyebabkan kematian. Ini dikenali sebagai baby-sindrom-goncangan. Mengapa berisiko?

Bayi mempunyai kepala yang lebih besar daripada anggota tubuh badan yang lain, dan otot leher masih lemah. Jika digoncang, kepalanya akan tertolak ke hadapan dan ke belakang.

Saluran darah kecil akan koyak, menyebabkan pendarahan dalam otak dan kawasan sekitarnya, dan juga di mata bayi.

Risiko paling besar adalah untuk bayi di bawah satu tahun, tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan perkembangan dalam usia yang lebih besar. Apa yang perlu adalah berhati-hati bahawa kejutan ini boleh berlaku dengan pantas apabila kita sibuk bermain dengan bayi.

Oleh itu terdapat beberapa permainan dan aktiviti yang harus dielakkan untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, termasuk:

1. Membuang bayi ke udara.
2. Berlari sambil membawa bayi di belakang atau di kepala.
3. Piggyback (bayi memanjat ke belakang, sehingga kaki dan menggegarkan).
4. Putar bayi.

Jangan lupa untuk mengingatkan orang di sekeliling anda supaya, berkongsi maklumat ini membaca demikian oleh saudara-mara, pengasuh, datuk nenek, dan jiran-jiran untuk tidak goncang bayi
.
Sumber : Kelab pakar hamil

Ok, kalau anda betul-betul prihatin sila kongsikan kepada rakan-rakan anda di whatsapp.

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Alhamdulillah

Bercakap tentang KURUS, siapa yang tak mahu kurus slim cantik sihat. Jadi, pada bulan puasa kali ini insyaAllah sambil perbanyakkan ibadah kepada Allah swt, admin nak bantu kamu semua untuk cepat kurus.

Ya, tapi bagaimana?

Rahsia Cara Nak Cepat Kurus di Bulan Puasa


Mari admin bantu. Kita jaga menu berbuka dan bersahur bulan puasa tahun ini. Kejap sebelum pergi jauh, admin share dulu 30 Resepi Berbuka Puasa Yang Lengkap Bulan Puasa. Ok, tapi resepi itu bukan untuk kurus, tetapi lebih kepada resepi keluarga. Untuk kurus, baca artikel ini sampai habis insyaAllah.

Senarai Makanan Perlu Elak Untuk Cepat Kurus di Bulan Puasa

1. Sup Daging, Sup Tulang, Sup Gear Box, dll (seumpama)

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Sup Daging semua ini berkalori tinggi dan semasa nak kurus adalah sangat pantang ambil daging merah kerana ia susah dihadamkan. Ambil protein putih iaitu Ikan dan Ayam lebih elok. Itu belum lagi bercakap tentang lemak, minyak, garam, Pergh!! Complete set untuk gemuk.
Jadi, cuba elakkan. Kalau nak makan juga, cuba makan sup sayur atau paling tidak tomyam.


2. Ayam Goreng, Ayam Pusing, Ayam Bakar, Ayam Madu!

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Ok, admin sangat-sangat menasihatkan kamu semua JANGAN makan kulit ayam. Sama ada ayam goreng ke ayam madu ke, ayam pusing ke. Kenapa? Sebab lemak tepu! Makan daging ayam je tak apa.


3. Minuman 3 in 1.

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Bahaya 3 in 1 ini tak payah admin nak hurai panjang. Rasanya semua sudah tahu, selain menggemukkan kerana banyak gula, 3 in 1 ini juga sangat bahayakan kesihatan. Takut boleh bawa kepada penyakit bahaya seperti penyakit hati dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang mengamalkan air detoks, bulan puasa ini pasti satu cabaran untuk anda kerana perlu habiskan air detoks yang dibuat dalam masa yang singkat iaitu ketika sahur dan berbuka. Jadi, nasihat admin adalah minum sekadar perlu sahaja dan jangan berlebihan kerana minum air detoks berlebihan ini mungkin boleh berikan kesan lain. Baca " Bahaya air detoks berlebihan".


4. Maggi, Maggi Ketam, Maggi Belut, Maggi SeaFood, dll

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Aduhai sekarang sudah jadi satu trend makan maggi ketam, maggi belut, maggi seafood dan macam-macam jenis maggi. Maggi yang merupakan satu kebanggaan negara kita ini sebenarnya sangat merbahaya. Ya, sangat merbahaya kerana maggi ini ambil masa yang lama untuk hadam. Dengan kata lain memang susah nak hadam. Berbahaya dan yang penting ianya boleh menggemukkan.

Jadi, selepas solat tarawih jangan pula gatal-gatal nak pergi makan morey @ moreh dengan kawan dan pesan maggi. Tukar menu lain ok :)


5. Coklat

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Ya, jangan makan coklat! Kalau jenis ketagih coklat, kuatkan semangat kamu jika nak kurus ok. Yang beli kueh raya awal pula jangan gatal tangan buka botol atau bekas kueh raya dan makan dengan banyak dan jayanya tanpa menghiraukan anda bakal GEMUK.

Stay away from this, please.


6. Fast Food, Fries, Mc Donald, Dll

Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Wow! Rahsia Cepat Kurus Slim di Bulan Puasa Yang Perlu Anda Buat Kali Ini
Yup. Biasanya lepas balik tarawih kita akan makan-makan ringan. Jadi ingatlah, makanan fast food macam fries, wedges, dll kena elak. Taknak cakap banyak yang ini sebab semua dah tahu. Kan? :)

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini yang admin nak pesan. Jangan lupa share ok :)

Wei.. Kau Tahu Tak Gelang Besi Bangle Kau Pakai Tu Haram! Mangkuk Hayun Kau Berubat Darah Tinggi

Wei.. Kau Tahu Tak Gelang Besi Bangle Kau Pakai Tu Haram! Mangkuk Hayun Kau Berubat Darah Tinggi
Wei.. Kau Tahu Tak Gelang Besi Bangle Kau Pakai Tu Haram! Mangkuk Hayun Kau Berubat Darah Tinggi
Isu lelaki memakai gelang besi atau silver ini sudah lama hangat di perkatakan. Namun jawapannya entah dimana. Jadi hari ini admin nak share post dari PU Fazli. Semoga bermanfaat.

Haram Memakai Gelang atau Bangle

Kejahilan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Hukum Memakai Bangle Niat Untuk Kesihatan

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)


Bagi lelaki yang memakai gelang sebagai perhiasan diri menurut hukum syara` adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a katanya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتـشبهـين من الرجال بالنساء، والمتـشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-niru gaya lelaki.

Gelang pada hari ini, melibatkan segelintir ustaz-ustaz, segelintir pegawai-pegawai kerajaan, segelintir menteri-menteri dan segelintir yg lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.


Wei.. Kau Tahu Tak Gelang Besi Bangle Kau Pakai Tu Haram! Mangkuk Hayun Kau Berubat Darah Tinggi
Wei.. Kau Tahu Tak Gelang Besi Bangle Kau Pakai Tu Haram! Mangkuk Hayun Kau Berubat Darah Tinggi

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jeni gelang yang diharuskan

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.


wallahualam.


by : PU Fazli

AMARAN Kesan Bahaya Minum AIr Detoks Lemon Berlebihan

AMARAN Kesan Bahaya Minum AIr Detoks Lemon Berlebihan
AMARAN Kesan Bahaya Minum AIr Detoks Lemon Berlebihan


BAGI yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.

Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.

Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Kurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.

1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.

Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.

Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.

***Artikel ini dipetik dari blog www.vanilakismis.com.my