Senarai Kawasan Kena Catu Air di Perlis Kerana Bekalan Air Berkurang

Sponsored Links
Senarai Kawasan Kena Catu Air di Perlis Kerana Bekalan Air Berkurang
Senarai Kawasan Kena Catu Air di Perlis Kerana Bekalan Air Berkurang
KANGAR - Bekalan air untuk keperluan orang ramai tidak akan dicatu buat masa ini kerana air masih mencukupi tetapi Syarikat Bekalan Air Perlis (SAP) terpaksa mengurangkan bekalan mulai esok.

Ketua Pegawai Eksekutif SAP Abd Hamid Saad berkata, kawasan yang akan mengalami pengurangan bekalan air melibatkan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi.
Beliau berkata, kawasan tinggi seperti Kampung Melayu, Kampung Kolam dan Kampung Kok Mak di Padang Besar; Jalan Batu 16; Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Chenderai dan Bukit Merah, Beseri terjejas akibat tekanan rendah.

"Kawasan yang tidak menerima bekalan air akan dibekalkan air bersih dengan lori tangki manakala tangki statik akan diletakkan di tempat strategik di kampung berkenaan.

"Peserta PLKN Guar Chenderai disyorkan diberi cuti sehingga bekalan pulih manakala pelajar Maktab Rendah Sains Mara Beseri diberi pelepasan untuk balik ke rumah keluarga masing-masing pada hujung minggu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd Hamid berkata, kawasan Kangar sehingga Kuala Perlis bagaimanapun tidak terjejas kerana air dibekalkan melalui terusan Lembaga Pertanian Kemajuan Muda (MADA) adalah mencukupi.

Beliau meminta para pengguna agar menjimatkan penggunaan air dan tidak membazirkan bekalan yang ada semasa keadaan darurat. - Bernama

Related Posts

Senarai Kawasan Kena Catu Air di Perlis Kerana Bekalan Air Berkurang
4/ 5
Oleh