Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di LELONG dalam eBay

Sponsored Links
Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di LELONG dalam eBay
Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di LELONG dalam eBay
ISLAMABAD - PAKISTAN. Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dijual di laman eBay dengan nilai AS$90,000 (RM351,769), semalam oleh seorang yang tidak mendedahkan nama susulan kekecewaan terhadap pemimpin itu ekoran kebocoran Panama Papers

"PM yang tidak berguna, Nawaz Sharif untuk dijual," tulis penjual itu di laman web e -dagang popular sambil menggambarkan pemimpin itu 'baru tapi rosak'.

"Tidak lagi diperlukan. Perlukan sedikit TLS.

"Bukan dalam keadaan bekerja. Ia tidak pernah bekerja. Ia adalah rosak dan rasuah sejak lahir. Seluruh produk dan keluarganya dalam keadaan cacat, silakan ambil dan buang penyakit ini dari kami (Pakistan),” tulis kenyataan itu lagi

Paparan yang menjadi viral di Pakistan, turut menawarkan hadiah secara percuma iaitu saudaranya yang juga gabenor semasa wilayah Punjab, Shahbaz Sharif.

Sharif berada di bawah tekanan selepas kebocoran Panama Papers yang mengaitkan keluarganya memiliki syarikat luar pesisir.

Memetik AFP, sejak petang semalam lelongan tersebut telah menerima 100 tawaran sehingga AS$94,000 (RM367,817).

Bagaimanapun lelongan tersebut telah dikeluarkan dari laman web tersebut tidak lama kemudian.

Related Posts

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di LELONG dalam eBay
4/ 5
Oleh