Resepi Puding Roti Simple lagi Menyelerakan

Sponsored Links
Resepi Puding Roti Simple lagi Menyelerakan

Resepi Puding Roti Simple lagi Menyelerakan
Resepi Puding Roti Simple lagi Menyelerakan

Puding roti adalah diantara hidangan pencuci mulut yang amat mudah untuk disediakan. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan pada waktu pagi, minum petang mahupun dimajlis-majlis seperti majlis harijadi, jamuan di pejabat dan sebagainya. Puding roti boleh dimasak secara kukus atau di bakar menggunakan oven. Sesetengah resepi juga menyediakan puding roti bersama dengan sos kastard. Di sini, kami ingin berkongsi dengan anda cara menyediakan puding roti yang dibakar.

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia
1/2 cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan vanilla extract. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.

Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.
Selamat mencuba!

resepi asal oleh Azie kitchen

Related Posts

Resepi Puding Roti Simple lagi Menyelerakan
4/ 5
Oleh