Sponsored Links
Panduan Memilih Stroller Bayi |
Kereta sorong bayi atau stroller adalah antara keperluan yang penting untuk ibu bapa especially ibu bapa yang bekerjaya. Terdapat pebagai jenis stroller yang ada di pasaran sekarang. Daripada yang murah sehinggalah semahal-mahalnya bergantung kepada jenama dan kelebihan stroller tersebut. Ada ibu bapa yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mendapatkan stroller yang terbaik buat anak mereka. Di bawah adalah antara panduan untuk memilih stroller bayi yang boleh anda pertimbangkan sebelum memilih untuk membeli stroller bayi. Biarlah menang membeli, menang memakai!
1. Budget / belanjawan
Terdapat stroller yang mempuanyai harga semurah puluhan ringgit hingga ribuan ringgit dan bergantung kepada jenama atau jenis-jenis stroller. Perlu diingat mahal tak semestinya berkualiti dan murah tu tak berkualiti. Apa-apa pun bergantung pada mereka yang mengeluarkan duit.
2. Keselamatan
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller biasanya mempunyai ruang kecil untuk simpan barang-barang bayi. Stroller yang terbaik biasanya mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Make sure tiada sharp or rough edges yang exposed to your baby. Pastikan stroller juga mesti cukup kuat menahan beban dan mempunyai brek yang kukuh (lock & unlock feature)
3. Kebolehan untuk Recline
Pastikan kusyen stroller boleh dilaras ketika bayi duduk ataupun tidur. Terdapat juga jenis-jenis stroller mengikut kesesuaian umur dan berat bayi. Biasanya stroller untuk newborn baby jenis baring sahaja. Ini kerana newborn baby sampai umur 6 bulan tidak boleh duduk lagi. Pastikan stroller boleh guna atau menampung dari newborn hingga umur 2 tahun.
4. Mudah Dilipat
Pastikan stroller yang dibeli itu senang disimpan dan mudah di bawa ke mana-mana. Memang ada jenis-jenis stroller bila dah dilipat tidak muat nak letak dalam but kereta. Lagi bagus cari stroller yang mempunyai feature one hand fold. Pada masa yang sama, boleh fold macam umbrella. The folding is very important so you have a lot of boot space in the car. Pastikan jug measurement of the stroller setelah dilipat.
5. Adjustable Handle
Faktor adjustable handle ni terbahagi kepada 2. First, adjustable dari segi kepanjangan. Ini perlu bagi mereka – mereka yang rendah dan pasangannya yang tinggi.
Adjustable handle jugak dilihat dari segi kebolehan handle tu untuk forward facing and rear facing your baby. Klik disini untuk melihat mana yang lebih selamat? KEDUDUKAN CAR SEAT Antara Forward Facing & Rear Facing. MANA LEBIH SELAMAT???
6. Berat
Pastikan tidak terlalu berat.
7. Material
Pastikan material yang berkualiti - tak mudah koyak, tahan lasak, kalis air. Rangka yang kukuh dan ringan biasanya buatan aluminium.
8. Tambahan
Biasanya stroller berjenama dari luar negara di datangkan dengan aksesori tambahan seperti foot muff (selimut), rain cover (penghadang hujan), shopping basket, bottle holder, leg warmer (kalau selalu pergi holiday ke oversea) and parasol. Ada sesetengahnya memang datang together as a set tapi ada juga yang kena beli asing.
9. Lifestyle
Kalau parents jenis yang mengamalkan gaya hidup sihat, suka jogging kat taman, mungkin boleh pilih stroller jenis jogger iaitu 3 wheelers. Strolller jenis ini lebih aerodynamic dan mempunyai tayar yang tahan lasak sesuai untuk kegunaan atas uneven surface. Pastikan whether it is easy to maneuver or not.
Penting :
- Pastikan stroller sesuai dengan umur dan berat bayi anda
- Jangan lupa mengunci roda stroller ketika berhenti.
- Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller kerana ini akan mengurangkan keseimbangan stroller bayi anda.
Panduan Memilih Stroller Bayi
4/
5
Oleh
meawesome