Jangan TERKEJUT! Ini Perbezaan KETARA Pakej Haji Premium dan VIP.. Lihat Gambar Tempat Penginapan Mereka

Jangan TERKEJUT! Ini Perbezaan KETARA Pakej Haji Premium dan VIP.. Lihat Gambar Tempat Penginapan Mereka
Kita selalu melihat gambar-gambar atau liputan haji untuk jemaah-jemaah yang datang dengan pakej muasasah. Sejujurnya, terdapat banyak pakej yang disediakan pada musim haji.


Terpulang kepada empunya diri mahu memilih pakej yang mana sesuai dengan kemampuan dan rezeki masing-masing.

Perjalanan ibadah haji ini kadangkala bukan atas dasar kemampuan semata-mata. Maksud kemampuan di sini adalah dari segi kemampuan fizikal, kesihatan dan juga kemampuan dari segi keewangan.

Kadangkala, sudah kita aturkan semua dengan baik dan sempurna, tetapi ALLAH yang meletakkan bagaimana perjalanan haji kita nanti mengikut rezeki masing-masing.

Walaupun datang dengan pakej yang mahal, ada yang terpaksa menempuh ujian yang tidak terjangkau kesukarannya.

Begitu juga yang datang dalam apa-apa cara sekalipun, ada yang datang tanpa pakej yang mahal mahupun tiada pakej langsung tetapi perjalanan hajinya mudah tanpa ujian yang berat.

MasyaAllah TabarakaAllah.. beruntung bukan?

Sebenarnya, hari ini saya nak ceritakan tentang dua orang hebat yang sedang mencipta nama dan tempat tersendiri di kota Makkah al Mukarramah.

Terkenal dengan pasangan suami isteri yang saling membantu dan sentiasa bersama di dalam apa sahaja kesenangan mahupun kesukaran yang mereka lalui, pasangan Hj Zahiri Maulud dan Hjh Ruzainun yang saya fikir terlalu layak untuk dijadikan idola dan inspirasi ini berjaya menempatkan diri sebagai pakar perunding dalam beberapa cabang pengurusan perniagaan di Makkah.

Salah satu daripadanya adalah penglibatan mereka dalam Syarikat Nozoly Limited. Ianya merupakan penyediaan khemah serta perkhidmatan bertaraf premium/VIP di Arafah dan Mina sepanjang musim haji.

Pakej haji premium yang bertempat di maktab 112 ini menyediakan kelengkapan dan servis untuk jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan juga China.

Yang pastinya, pakej haji ini menyediakan penempatan yang sangat-sangat selesa untuk tetamu-tetamu ALLAH yang menggunakan khidmat mereka. MasyaAllah TabarakAllah..

Mari lihat gambar-gambar kawasan khemah tersebut yang pastinya mampu membuatkan hati riang melihatkan rezeki keselesaan yang dimiliki mereka.

Saya yang sudah 3 kali haji secara sendiri tanpa mengambil sebarang pakej ini pastinya akan terlalu menghargai dan bersyukur jika berpeluang untuk mengerjakan haji yang sangat-sangat selesa begini. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal, pakej haji sebegini lebih sesuai dan memudahkan dengan izinNya.

Jom kita tengok khemah di Arafah dulu, tempat untuk berwukuf.



                        haji-vip-01


Pemandangan luar khemah di Arafah.



                                               haji-vip-02


Pastinya pakej sebegini menjanjikan tandas yang selesa. Dan paling penting tidak perlu berebut dan menunggu lama jika ingin menggunakan tandas. Amat menyenangkan hati dapat bonus tandas yang bersih. Memang bahagia hendak beribadat.



                                                 haji-vip-03


Sangat bersih MasyaAllah.

                                           haji-vip-04


Lengkap dengan tuala dan selimut. Tak perlu susah-susah nak bawa.
                               haji-vip-05


Ruang makan.

                                      haji-vip-06

                                                    Ruang rehat.

                                        haji-vip-07
                                        haji-vip-08


Makanan secara buffet.
                                          haji-vip-09


Makanan yang terhidang.

                                           haji-vip-10


Lobster di hari wukuf.

                                         haji-vip-11


Sedang berdoa menunggu matahari terbenam menandakan waktu berwukuf hampir berakhir.

Gambar seterusnya pula adalah khemah-khemah di Mina.

Untuk pengetahuan semua, di Mina terdapat banyak khemah yang jauhnya ke Jamrat (tempat melontar) mengikut harga pakej yang kita ambil. Biasanya semakin mahal, semakin dekatlah perjalanan untuk melontar.

Jarak yang dilalui oleh tetamu-tetamu Allah yang mengambil pakej premium ini adalah hanya lebih kurang 100m dari eskalator untuk ke Jamrat (tempat melontar). MasyaAllah dah dekat sangat tu. Biasanya perjalanan saya hampir 10km pergi dan balik!

                                      haji-vip-12


Sofa bed.
                                        haji-vip-13


Bilik yang ada tandas sekali.

                                          haji-vip-14


Selesanya.

                                        haji-vip-15


Tempat makan.



                                          haji-vip-16

                                         haji-vip-17


                                         haji-vip-18

                      haji-vip-19


Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengerjakan haji melalui pakej-pakej sebegini. Namun seperti yang telah saya nyatakan tadi, lain orang lain pendapat dan rezekinya.

Ada yang sangat berkemampuan namun lebih suka membuat haji yang sukar dan lebih mencabar perjalanannya, namun ada juga yang berpendapat untuk mengutamakan keselesaan dalam beribadat.

Semuanya terletak kepada pendapat dan cara masing-masing. Saling menghormati dan bersyukur dengan rezeki.

InsyaAllah perjalanan haji walau dalam pakej mana sekalipun kita berada akan menjadi mudah dan yang paling penting objektif utama untuk mendapat haji yang mabrur tercapai. InsyaAllah.. Amin…

Akhir sekali, inilah wajah Tuan Haji Zahiri dan Puan Hajah Ruzainun. Mereka sudah mempunyai tempat sendiri di tanahair apabila sudah berjaya dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

Namun, atas kecintaan kepada tanah barakah mereka berhijrah dan berusaha keras untuk mencipta nama di bumi barakah Makkah al Mukarramah pula.

Saya doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga yang diusahakan. Amin. Teruskan memberikan inspirasi kepada orang lain ya!

Semoga dipermudahkan perjalanan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji pada tahun ini. Amin. Berkhidmat dan juga boleh sama-sama beribadat!

Saya pasti ramai yang mengimpikan peluang sebegini.

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hadirnya cahaya mata dalam kehidupan berkeluarga akan melengkapkan suasana harmoni sesebuah perkahwinan.

Namun ada kalanya , impian untuk mendapatkan zuriat gagal dalam sesebuah perkahwinan. Stress dan putus asa banyak dihadapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti cahaya mata.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat. Kebiasaannya punca seseorang wanita itu gagal hamil adalah atas beberapa sebab seperti;

1. Masalah ovulasi
Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.


2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.


3. Lelaki juga boleh menjadi punca
Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.


4. Punca lain
Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:

1. Mengambil Vitamin:-
Untuk cepat hamil, pengambilan vitamin atau pun jenis makanan mengandungi bahan-bahan diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengambil 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Dan wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan tabung otak janin kelak.

2. Melakukan Hubungan Seksual Waktu Subur :-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu isteri subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh isteri. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada isteri yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

4. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang isteri mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

5. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi isteri di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

6. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

7. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

8. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

9. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa isteri yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

10. Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa:-
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Allah. Oleh kerana itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkati dikurniakan cahaya mata. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, segeralah mengambil wuduk dan berdoalah.

Berikut adalah doa cepat hamil dan mendapat zuriat yang soleh;

Doa Nabi  Zakaria a.s Memohon Diberi Anak yang Soleh

Surah Al-Furqaan: Ayat 74
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Surah Ali Imran: Ayat 38
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!


Doa Nabi Ibrahim a.s

Surah Al-Saffat: Ayat 100
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Apa yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Selamat menimang cahaya mata...

http://downloadpelbagai.blogspot.my/2013/11/10-tips-mudah-hamil.html




Tipu atau Tidak " Ini 10 Perkara yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli BITCOIN" Jangan main beli je.

Tipu atau Tidak " Ini 10 Perkara yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli BITCOIN" Jangan main beli je.
Tipu atau Tidak " Ini 10 Perkara yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli BITCOIN" Jangan main beli je.

1. Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah satu bentuk mata wang tanpa kertas dan duit syiling, ia adalah mata wang digital.

Dalam era internet dan pendigitalan, kami telah beralih dari telefon ke panggilan VoIP, muka-ke-muka mesyuarat kepada persidangan video, faks kepada e-mel, televisyen kabel IP TV, dan senarai seterusnya.

2. Siapa Yang Mencipta Idea Bitcoins?

Konsep Bitcoins telah diciptakan oleh Satoshi Nakamoto, seorang yang tidak mahu dikenali didunia nyata. Beliau dikatakan dari Jepun tetapi ID email beliau adalah dari Jerman, ditambah perisian Bitcoin yang tidak terdapat di Jepun. Beliau menciptakan sistem dan perisian Bitcoin (yang digunakan untuk menjalankan sistem) pada 2009 tetapi hilang pada tahun 2010.

Sistem developer lain berhenti mendengar berita daripada beliau pada tahun 2010, dan banyak spekulasi muncul mengenai identiti sebenar beliau.  Ada juga yang beri pendapat bahawa nama beliau hanya campuran nama syarikat popular Jepun - SAmsung TOSHIba NAKAmichi MOTOrola. Tetapi apa yang dia dicipta adalah fantasi setiap orang  berteknologi di dunia.

3. Apa Yang Istimewa Tentang Sistem Bitcoin?

Bitcoin adalah satu sistem yang membolehkan anda untuk melakukan urus niaga mata wang tanpa identiti dan tiada siapa yang tahu tentang identiti pembayaran atau segala maklumat lain yang berkaitan dengan pembayaran, termasuk yang menghantarnya, yang menerimanya, dan lain-lain.

Satoshi melakukannya dengan membuat sistem - rangkaian peer-to-peer - Tidak dikawal oleh sebarang pihak berkuasa atau bank tetapi dikendalikan oleh penyumbang rangkaian dan peminat kebebasan, yang menyumbangkan masa dan tenaga untuk inovasi ini. Pada dasarnya, orang boleh melakukan transaksi wang dan tiada pihak berkuasa atau organisasi akan mengetahui mengenainya.

Satoshi Nakamoto begitu berbakat sehingga dia juga dapat menyelesaikan masalah perbelanjaan wang berganda digital dalam sistemnya.

4. Apakah Perbelanjaan Berganda?

Kita boleh membuat banyak salinan data digital, contohnya orang menyalin perisian dan menjualnya sebagai salinan palsu atau salinan cetak rompak. Kami mungkin menghadapi masalah yang sama dengan mata wang digital - seseorang boleh menyalin mata wang digital (cuba andaikan RM10) dan sesiapa menyalin dan menggunakannya sebanyak mana yang dia suka (seberapa banyak nota RM10).

Satoshi menyelesaikan masalah ini dengan menunjukkan semua urus niaga dalam senarai awam. Setiap kali transaksi baru dibuat, kesahihannya diperiksa dengan mengesahkan daripada senarai yang mata wang digital tidak digunakan sebelum ini. Dengan cara ini, tidak ada yang boleh menyalin mata wang dan menggunakannya untuk lebih daripada satu masa. Ia adalah idea yang mudah tetapi berkesan untuk menghentikan perbelanjaan Bitcoin berganda yang sama.

5. Bagaimanakah Senarai Awam Dibuat Tandapa Identiti Secara "Anonymous"?

Penyenaraian awam hanya menunjukkan ID transaksi dan jumlah mata wang yang dipindahkan. Anda akan menjadi tanpa identiti (anonymous) didalam sistem kerana anda tidak perlu memberikan apa-apa butir-butir peribadi anda seperti nama, alamat, e-mel, nombor telefon, dan lain-lain. Sebagai perbandingan, apabila anda menggunakan gerbang pembayaran seperti Paypal anda perlu memberikan segala perkara butiran peribadi.

6. Jadi Bagaimana Hendak Gunakan Bitcoin?

Bitcoins disimpan di dalam dompet digital (wallet) yang anda boleh simpan dalam komputer anda, atau di laman web; yang akan menguruskan dan melindungi wallet anda untuk anda. Anda boleh mempunyai banyak wallet dan alamat Bitcoin (Bitcoin Address) (di mana anda menerima wang dari orang lain) sebagaimana yang anda suka.

Apa lagi, anda boleh menggunakan perisian Bitcoin menggunakan Tor untuk menghalang sesiapa daripada menjejaki alamat IP anda - dijamin tanpa dikesan!

7. Berapa Ramai Orang Yang Menggunakan Bitcoin?

Pada saat ini, 14 juta+ Bitcoins yang wujud, yang bernilai 5 bilion USD.

8. Bagaimana Saya Memperolehi Bitcoins?

Menggunakan dan mendapatkan Bitcoins adalah benar-benar mudah. Ada pelbagai cara untuk mendapatkan Bitcoins:


  • "Mining" Bitcoin?
  • Pertukaran mata wang (Bitcoin sebagai balasan Dollar atau Euro) melalui perkhidmatan pembekal Bitcoin sepertiBitx.co
  • Yang menyediakan perkhidmatan kepada orang lain dalam pulangan Bitcoins


9. Apa itu "Mining" Bitcoin?

Mining adalah satu proses pengekstrakan mata wang Bitcoins. Mining Bitcoin adalah satu perniagaan - kebanyakan orang Mint Bitcoins untuk mendapatkan keuntungan. Bitcoins ini ditempa menggunakan perisian khas (dikenali sebagaiBitcoin Miner) yang cuba untuk mencari sebuah blok baru dalam rantaian rangkaian Bitcoin.

Setiap kali sebuah blok baru ditemui, penemunya akan diberi dengan 25 Bitcoin. Secara teknikal, komputer akan melakukan pengiraan hash yang panjang dan sukar untuk mencari sebuah blok baru.


10. Bagaimana Cara Belanja Bitcoin?

Membelanjakan Bitcoins adalah agak mudah. Anda boleh menghantar Bitcoins pada seseorang, membeli barangan, atau menderma kepada yayasan bukan untung yang menerimanya, seperti Wikileaks, P2P Foundation, Operasi Anonymous, Free Software Foundation, Archive.org.

Anda boleh menghantar Bitcoins pada sesiapa sahaja apabila anda tahu alamat Bitcoin (Bitcoin Address) mereka.

Untuk barang dagangan, anda boleh membeli produk dari peniaga yang menerima Bitcoins. Contoh - www.ked.ai.

Pengakhiran

Sistem Bitcoin semakin cepat diterima pakai. 1 BTC mempunyai bernilai RM100 setahun lalu kini bernilai RM1500+. Pakar keselamatan dan peminat kebebasan digital memuji sistem Bitcoin kerana menjadi salah-satu-jenis sistem yang membuka pintu kepada kemungkinan. Oleh kerana ciri-ciri yang tidak mahu namanya disiarkan dijamin, ia digunakan oleh orang-orang yang bimbang privasi mereka.

Oleh kerana tiada pihak berkuasa boleh mengesan urus niaga, ini juga membawa kepada penyalahgunaan sistem sebagai contoh, dalam kerja-kerja haram. Tetapi hanya kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, tidak bermakna kita harus melakukannya. Artikel ini ditulis semata-mata dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran kepada pembaca tentang teknologi ini.

Apa yang anda fikir tentang Bitcoins? Kongsi pendapat anda pada sistem dalam seksyen commens di bawah.

Sumber - mmmbits 

Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu

Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu
Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu

Satu perkongsian dari Ustaz Kazim Elias menerusi ceramahnya mengenai kematian sangat memberi manfaat. Malah perkongsian ini dimuat naik di laman Facebook Siti Murni yang menjelaskan betapa gerunnya malaikat 'blue black' ini.

Jom baca perkongsian tersebut.

Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada ank nya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah ngn nada yang rendah..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...

Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..

Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw.

Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.

Pilihlah mana yg kamu nak buat. Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa. Jagalah solat kamu.

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada orang Islam supaya persiapkan diri sebelum dijemput olehNya. Share perkongsian ini jika bermanfaat.