Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Eksperimen Telur Berdiri Ketika Gerhana adalah MENGARUT!

Eksperimen Telur Berdiri Ketika Gerhana adalah MENGARUT!
Eksperimen Telur Berdiri Ketika Gerhana adalah MENGARUT!
 Baru-baru ini kita telah melalui satu peristiwa bersejarah iaitu Gerhana Matahari dan saat itu boleh dikatakan sangat VIRAL diseluruh Malaysia iaitu eksperimen telur berdiri saat Gerhana kerana berlaku tarikan graviti dari bulan/matahari (tak pasti mana satu ketika viral) yang menyebabkan telur boleh berdiri.

Ok ini pula kata pakar astronomi.

 Eksperimen Telur Berdiri Ketika Gerhana adalah MENGARUT! 

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Mengarut! Demikian kata seorang pakar astronomi ketika mengulas mengenai kejadian telur berdiri kesan kejadian gerhana baru-baru ini.

Prof Dr Mahamarowi Omar berkata, telur sememangnya boleh berdiri jika diletak dengan baik dan seimbang.

Menurutnya, apa yang diviralkan sebelum ini mengarut kerana gerhana yang berlaku tidak begitu mempengaruhi kedudukan telur berikutan tarikan graviti ketika itu juga sangat kecil.

“Tak ada (kaitan telur berdiri kerana gerhana), mengarut. Sebenarnya kalau ambil telur sekarang ini kalau pandai letak pun ia akan berdiri jika kedudukannya diseimbangkan.

“Memang sukar untuk menyeimbangkannya, tetapi tidak ada asas saintifik untuk mengaitkan kedudukan telur itu dengan gerhana kerana kesan gravitinya sangat kecil, tidak memadai untuk ia berdiri,” 

Mahamarowi ditemui media ketika menghadiri Program Meneroka Keajaiban Cakerawala di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin ‘Aishah Puteri (SMATAAP) di sini, hari ini.

Menurutnya, fenomena dan kepercayaan itu timbul berikutan eksperimen hanya dilakukan ketika gerhana dan tidak dibuat pada hari- hari biasa.

Dalam pada itu, Mahamarowi yang juga bekas pakar bius Hospital Sains Universiti Malaysia (HUSM) turut menolak dakwaan mengaitkan cuaca panas yang berlaku akhir-akhir ini adalah kesan gerhana matahari separa yang berlaku 9 Mac lalu.

“Gerhana tak ada kaitan dengan ekuinoks atau El Nino, terlalu banyak benda-benda mengarut seperti ini diviralkan,” 

Dalam pada itu, dari perspektif Islam pula, Mahamarowi berkata, umat Islam digalakkan melihat fenomena gerhana untuk menginsafkan diri dan sentiasa mengingat ALLAH selain menghilangkan kepercayaan karut.

Menurut doktor pakar bius di Kota Bharu Medical Centre ini lagi, pakar astronomi terlebih dahulu mengetahui tentang gerhana yang akan berlaku berdasarkan pengiraan yang dijalankan.

“Terdapat pelbagai jenis gerhana dan mengikut pengiraan pakar astronomi, gerhana cincin akan berlaku pada 2019 di Sarawak, manakala di Kota Bharu dan Terengganu pada 2031,”

Bank Soalan UPSR 2016 | LIMITED EDITION Buat GURU & IBU BAPA

Bank Soalan UPSR 2016 | LIMITED EDITION Buat GURU & IBU BAPA
Assalamualaikum.

SOALAN PERCUBAAN UPSR

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2015


PERCUBAAN UPSR TAHUN 2014

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2013

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2012

Bank Soalan UPSR 2016 | LIMITED EDITION Buat GURU & IBU BAPA

3 Alasan Cuepacs Minta Umur Bersara di Tambah dari 60 ke 62 Tahun

3 Alasan Cuepacs Minta Umur Bersara di Tambah dari 60 ke 62 Tahun
3 Alasan Cuepacs Minta Umur Bersara di Tambah dari 60 ke 62 Tahun

1. Mengikut Gerak Langkah Negara Maju yang Lain

Kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.

2.  Tidak Berbaloi Melahirkan Pegawai berkelulusan Tinggi dengan Kos Tinggi yang Hanya Bakal Berkhidmat 4,5 tahun sahaja.

Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?" katanya.

3. Mengurangkan Kadar Pengaliran Wang Keluar untuk Pembayaran Pencen.

"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini

Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun

KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.

"Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.

"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak
pencen?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.

Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.

"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.

Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.

Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak menentu.

"Sekurang-kurangnya kerajaan perlu beri mereka peluang bekerja dan bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan 'lidah kerajaan' sebenarnya," katanya.

Jurutera Tulis Surat Bagi Kebenaran Merotan Anaknya Jika Melakukan Kesalahan

Jurutera Tulis Surat Bagi Kebenaran Merotan Anaknya Jika Melakukan Kesalahan

Kuala Lumpur: "Merotan bagi saya bukan simbol hukuman, ia adalah simbol hormat kepada cikgu," kata jurutera, Johari Hashim, 33, yang menulis surat kebenaran kepada guru untuk merotan anaknya jika melakukan kesalahan. 

Surat yang ditulis dan diselitkan di dalam fail sekolah anaknya, Lisa Qaisara Johari, 7, ketika pendaftaran tahun satu baru-baru ini menjadi viral di Facebook (FB) sehingga dia menerima pelbagai komen termasuk mengatakan dia bodoh.

"Saya sudah fikir masak-masak sebelum saya tulis surat ini tetapi bagi saya, apa yang penting mengenai perkara ini ialah ia bukan satu perjudian, ini adalah satu kepercayaan.

"Tujuan saya bukan hendak suruh cikgu rotan anak saya saja, tetapi lebih kepada saya mahu tunjukkan bahawa saya memang menghormati cikgu," kata Johari ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Johari, banyak pertimbangan dibuat sebelum menulis surat berkenaan kerana dia bimbang dengan sistem pendidikan sekarang yang bagi pendapatnya, lebih kepada mengejar gred tetapi kurang menekankan mengenai akhlak.

"Jadi, dengan situasi sekarang ini saya memang setuju kalau kita rotan budak tu atas sebab budak itu bermasalah dan saya serahkan tanggungjawab yang ada itu kepada cikgu untuk mendidik anak saya," katanya.
Johari berpendapat, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing dan sedar ada yang tidak bersetuju dengan cara merotan.

"Saya memang ada gantung rotan di tempat yang anak-anak boleh nampak di rumah tetapi saya jarang merotan mereka kecuali kalau mereka degil dan tidaklah sampai mendera,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia tidak menyangka surat berkenaan akan viral memandangkan perkara ini sebenarnya bukan pertama kali dibuat oleh ibu bapa.

"Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral dan menerima banyak reaksi, tetapi yang paling terkesan ialah satu mesej daripada seorang bakal guru yang menganggap tindakan saya ini menjadi sumber inspirasi," katanya yang percaya masih ramai ibu bapa mempunyai pendirian sama.

Sumber dari harian metro.

Tutorial Lengkap Tambah Tulisan Menarik dalam Microsoft Word


Ramai yang tidak tahu sebenarnya tulisan dalam microsoft word di dalam komputer atau laptop kita boleh ditambah. Tulisan-tulisan yang sedia ada sebenarnya hanya sekadar default yang kurang menarik.

Jadi disini Biskut Tawar akan kongsikan kepada anda tutorial lengkap. Semoga bermanfaat.

1. Buka tempat font yang anda mahu donload.(Setahu saya tempat yang lengkap untuk font itu,buka disini
2. Download font yang anda mau tambahkan. Dengan cara mengklik Download pada font yang anda suka.
3. Biasanya font yang sudah anda download akan berbentuk Winrar  Extract Winrar tersebut dan copy isinya.
4. Buka Local disk (C:) lalu buka Windows cari file bernama Fonts lalu buka file tersebut.
5. Paste font yang sudah didownload/dicopy ke dalam file bernama Fonts tersebut.

Tutorial Lengkap Tambah Tulisan Menarik dalam Microsoft Word by Biskut Tawar

Bahan Lengkap untuk Guru Tahun 2016. RPH, RPT, Takwim, Fail, Dokumen, dan lain-lain

Bahan Lengkap untuk Guru Tahun 2016. RPH, RPT, Takwim, Fail, Dokumen, dan lain-lain
Bahan Lengkap untuk Guru Tahun 2016. RPH, RPT, Takwim, Fail, Dokumen, dan lain-lain
Assalamualaikum para guru.

SGO sekadar berkongsi. Jika ada bahan yang tiada, atau expired, atau mahu tambah boleh emailkan kepada SGO di sistemguruonline@gmail.com.

Sebarkan kepada semua guru di dalam group whatsap anda. Termasuk group2 di sekolah. Semoga membantu.

1. RPT 2016 KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6.

2. RPH Contoh Semua Subjek 2016



3. ABM Pelbagai Subjek 2016 KSSR

4. Kalendar 2016





5. Contoh-contoh laporan aktiviti dan program di sekolah 

6. Himpunan Doa Majlis di Sekolah 2016

7.  Pelbagai koleksi soalan dan ujian Tahun 1 hingga Tahun 6.

8. Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016

Sumber : http://www.sistemguruonline.my