Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Mengapa Saya Susah Bangun Solat Malam? MENGAPA??!!

Mengapa Saya Susah Bangun Solat Malam? MENGAPA??!!
Mengapa Saya Susah Bangun Solat Malam? MENGAPA??!!
Ibrahim bin Adham pernah didatangi oleh seseorang untuk meminta nasihat agar dia mampu mengerjakan solat malam (tahajud).
Beliau kemudian berkata kepadanya, “Janganlah engkau bermaksiat kepada Allah Azza Wajala di siang hari, nescaya Allah akan membangunkanmu untuk bermunajat di hadapan-Nya malam hari. Sebab munajatmu di hadapan-Nya di malam hari merupakan
kemuliaan yang paling besar, sedangkan orang yang bermaksiat tidak berhak mendapatkan kemuliaan itu.”
Sementara Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika engkau tidak mampu menunaikan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahwa engkau sebenarnya sedang dalam keadaan terhalang, kerana dosa-dosamu begitu banyak.”
Seseorang datang kepada Imam Ghazali untuk menanyakan kepada Beliau mengenai sesuatu yang menyebabkannya tidak mampu bangun malam untuk mengerjakan solat. Beliau menjawab, “Dosa-dosamu telah membelenggumu.”
Al-Hasan berkata, “Tidaklah seseorang meninggalkan solat malam kecuali kerana dosa yang dilakukannya. Oleh kerana itu, periksalah diri kalian setiap malam ketika matahari terbenam, kemudian bertaubatlah kepada Robb kalian, agar kalian dapat mengerjakan solat malam.”
Dalam kesempatan lain, beliau menjelaskan, “Di antara pertanda
seseorang itu tenggelam dalam dosa adalah bahwa dadanya tidak
pernah lapang untuk dapat mengerjakan puasa di siang hari dan mengerjakan solat sunnah di malam hari.”
Sufyan Ats-Tsauri berkata, “Aku pernah terhalang (tidak dapat
bangun) untuk mengerjakan solat malam selama lima bulan
disebabkan satu dosa yang telah aku lakukan.”
Ditanyakanlah kepada beliau, “Dosa apakah itu? “Beliau menjawab,
“Aku melihat seorang laki-laki yang menangis, lalu aku katakan di dalam hatiku bahwa itu dilakukannya sebagai bentuk kepura-puraan saja.”
Abdullah bin Mas’ud pernah ditanya oleh seseorang, “Kami tidak dapat bangun malam untuk mengerjakan solat”. Ia pun menjawab,
“Dosa-dosamu telah membelenggumu.”
Demikian juga memakan barang yang haram akan menghalangi
pelaksanaan solat malam. Sehingga badannya terasa begitu berat dan liat untuk beribadah.
Salah seorang dari kalangan Ulama mengatakan, “Betapa sering sesuap makanan itu menghalangi pelaksanaan solat malam.
Betapa sering pandangan itu menghalangi seseorang dari membaca satu surat dari Al-Qur’an.”
Sungguh seorang hamba itu akan memakan suatu makanan atau
melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkannya tidak dapat
mengerjakan solat malam selama satu tahun.
Demikian juga, kecintaan kepada dunia (hubbud dunya) dapat
menghalangi seseorang untuk melaksanakan solat malam.
Abu Thalib Al-Makki berkata, “Yang dapat menghalangi seorang
hamba dari melakukan solat malam, atau yang menjadikannya lalai dalam waktu sekian lama, ada tiga hal. Yaitu, memakan makanan yang syubhat, terus-menerus melakukan perbuatan dosa dan fikiran keduniaan menyelubungi di hati.”
Bertolak dari sini, kita dapat simpulkan bahwa yang boleh 
membantu seseorang agar dapat mengerjakan solat malam itu
adalah; 
1. memakan makanan yang halal,
2. istiqomah di dalam bertaubat,
3. menjauhi makanan yang haram dan syubhat, 
4. menjauhi dosa dan maksiat, 
5. menolak dominasi pikiran keduniaan dan kecintaan kepada dunia dari dalam hati dengan cara selalu ingat mati dan memikirkan akhirat atau apa saja yang akan ditemui sesudah mati.
*****
Sungguh, di antara solat sunnah yang paling utama adalah shalat
malam (tahajud).
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): Pada sebagian malam itu, bertahajudlah kalian sebagai ibadah tambahan bagi kalian. (Dengan solat malam itu) Allah pasti mengangkat kalian ke derajat yang terpuji (QS al-Isra’: 79).
Begitu pentingnya solat tahajud ini, Rasulullah ﷺ sampai
menyuruh kita untuk “mengqadhanya” saat tertinggal.
Beliau bersabda, “Jika kalian tertinggal dari menunaikan shalat
malam karena sakit atau hal lain, hendaklah kalian menunaikan
solat dua belas rakaat (rawatib) di siang hari.” (HR Muslim).
Dalam hadits lain beliau bersabda, “Siapa saja yang ketiduran hingga tidak menunaikan shalat witir atau sunnah-sunnahnya, Hendaklah ia menunaikannya saat terjaga.” (HR Muslim).
Sebaliknya, Rasulullah ﷺ “mencela” orang yang tidak melakukan solat malam, padahal dia sering bangun tengah malam.
Beliau bersabda kepada Abdullah bin Amr bin al-’Ash, “Wahai
Abdullah, janganlah engkau seperti si fulan; ia bangun malam tetapi tidak menunaikan solat malam.” (Mutaffaq ‘alaih).
Semoga Allah ringankan hati dan langkah kita untuk tunaikan solat
malam.

Sumber Asal : Facebook Ustaz Iqbal Zain

Pesan Ayah.. " Bila Berniaga Jangan Kutip Hutang & Jangan Kena Matahari " Hasilnya Memang Mengejutkan Dunia. Allahuakhbar

Pesan Ayah.. " Bila Berniaga Jangan Kutip Hutang & Jangan Kena Matahari " Hasilnya Memang Mengejutkan Dunia. Allahuakhbar
Pesan Ayah.. " Bila Berniaga Jangan Kutip Hutang & Jangan Kena Matahari " Hasilnya Memang Mengejutkan Dunia. Allahuakhbar
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.
1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu :
Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot?
Jawab si adik:
Saya ikut pesan ayah.
Si ibu :
Apa ayah mu pesan ?
 
Jawab si adik :
Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu :
Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang :
Saya ikut pesan ayah.
Si ibu :
Apa ayah mu pesan?
Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Sumber Asal : tazkirah.net

Jangan TERKEJUT! Ini Perbezaan KETARA Pakej Haji Premium dan VIP.. Lihat Gambar Tempat Penginapan Mereka

Jangan TERKEJUT! Ini Perbezaan KETARA Pakej Haji Premium dan VIP.. Lihat Gambar Tempat Penginapan Mereka
Kita selalu melihat gambar-gambar atau liputan haji untuk jemaah-jemaah yang datang dengan pakej muasasah. Sejujurnya, terdapat banyak pakej yang disediakan pada musim haji.


Terpulang kepada empunya diri mahu memilih pakej yang mana sesuai dengan kemampuan dan rezeki masing-masing.

Perjalanan ibadah haji ini kadangkala bukan atas dasar kemampuan semata-mata. Maksud kemampuan di sini adalah dari segi kemampuan fizikal, kesihatan dan juga kemampuan dari segi keewangan.

Kadangkala, sudah kita aturkan semua dengan baik dan sempurna, tetapi ALLAH yang meletakkan bagaimana perjalanan haji kita nanti mengikut rezeki masing-masing.

Walaupun datang dengan pakej yang mahal, ada yang terpaksa menempuh ujian yang tidak terjangkau kesukarannya.

Begitu juga yang datang dalam apa-apa cara sekalipun, ada yang datang tanpa pakej yang mahal mahupun tiada pakej langsung tetapi perjalanan hajinya mudah tanpa ujian yang berat.

MasyaAllah TabarakaAllah.. beruntung bukan?

Sebenarnya, hari ini saya nak ceritakan tentang dua orang hebat yang sedang mencipta nama dan tempat tersendiri di kota Makkah al Mukarramah.

Terkenal dengan pasangan suami isteri yang saling membantu dan sentiasa bersama di dalam apa sahaja kesenangan mahupun kesukaran yang mereka lalui, pasangan Hj Zahiri Maulud dan Hjh Ruzainun yang saya fikir terlalu layak untuk dijadikan idola dan inspirasi ini berjaya menempatkan diri sebagai pakar perunding dalam beberapa cabang pengurusan perniagaan di Makkah.

Salah satu daripadanya adalah penglibatan mereka dalam Syarikat Nozoly Limited. Ianya merupakan penyediaan khemah serta perkhidmatan bertaraf premium/VIP di Arafah dan Mina sepanjang musim haji.

Pakej haji premium yang bertempat di maktab 112 ini menyediakan kelengkapan dan servis untuk jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan juga China.

Yang pastinya, pakej haji ini menyediakan penempatan yang sangat-sangat selesa untuk tetamu-tetamu ALLAH yang menggunakan khidmat mereka. MasyaAllah TabarakAllah..

Mari lihat gambar-gambar kawasan khemah tersebut yang pastinya mampu membuatkan hati riang melihatkan rezeki keselesaan yang dimiliki mereka.

Saya yang sudah 3 kali haji secara sendiri tanpa mengambil sebarang pakej ini pastinya akan terlalu menghargai dan bersyukur jika berpeluang untuk mengerjakan haji yang sangat-sangat selesa begini. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal, pakej haji sebegini lebih sesuai dan memudahkan dengan izinNya.

Jom kita tengok khemah di Arafah dulu, tempat untuk berwukuf.



                        haji-vip-01


Pemandangan luar khemah di Arafah.



                                               haji-vip-02


Pastinya pakej sebegini menjanjikan tandas yang selesa. Dan paling penting tidak perlu berebut dan menunggu lama jika ingin menggunakan tandas. Amat menyenangkan hati dapat bonus tandas yang bersih. Memang bahagia hendak beribadat.



                                                 haji-vip-03


Sangat bersih MasyaAllah.

                                           haji-vip-04


Lengkap dengan tuala dan selimut. Tak perlu susah-susah nak bawa.
                               haji-vip-05


Ruang makan.

                                      haji-vip-06

                                                    Ruang rehat.

                                        haji-vip-07
                                        haji-vip-08


Makanan secara buffet.
                                          haji-vip-09


Makanan yang terhidang.

                                           haji-vip-10


Lobster di hari wukuf.

                                         haji-vip-11


Sedang berdoa menunggu matahari terbenam menandakan waktu berwukuf hampir berakhir.

Gambar seterusnya pula adalah khemah-khemah di Mina.

Untuk pengetahuan semua, di Mina terdapat banyak khemah yang jauhnya ke Jamrat (tempat melontar) mengikut harga pakej yang kita ambil. Biasanya semakin mahal, semakin dekatlah perjalanan untuk melontar.

Jarak yang dilalui oleh tetamu-tetamu Allah yang mengambil pakej premium ini adalah hanya lebih kurang 100m dari eskalator untuk ke Jamrat (tempat melontar). MasyaAllah dah dekat sangat tu. Biasanya perjalanan saya hampir 10km pergi dan balik!

                                      haji-vip-12


Sofa bed.
                                        haji-vip-13


Bilik yang ada tandas sekali.

                                          haji-vip-14


Selesanya.

                                        haji-vip-15


Tempat makan.



                                          haji-vip-16

                                         haji-vip-17


                                         haji-vip-18

                      haji-vip-19


Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengerjakan haji melalui pakej-pakej sebegini. Namun seperti yang telah saya nyatakan tadi, lain orang lain pendapat dan rezekinya.

Ada yang sangat berkemampuan namun lebih suka membuat haji yang sukar dan lebih mencabar perjalanannya, namun ada juga yang berpendapat untuk mengutamakan keselesaan dalam beribadat.

Semuanya terletak kepada pendapat dan cara masing-masing. Saling menghormati dan bersyukur dengan rezeki.

InsyaAllah perjalanan haji walau dalam pakej mana sekalipun kita berada akan menjadi mudah dan yang paling penting objektif utama untuk mendapat haji yang mabrur tercapai. InsyaAllah.. Amin…

Akhir sekali, inilah wajah Tuan Haji Zahiri dan Puan Hajah Ruzainun. Mereka sudah mempunyai tempat sendiri di tanahair apabila sudah berjaya dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

Namun, atas kecintaan kepada tanah barakah mereka berhijrah dan berusaha keras untuk mencipta nama di bumi barakah Makkah al Mukarramah pula.

Saya doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga yang diusahakan. Amin. Teruskan memberikan inspirasi kepada orang lain ya!

Semoga dipermudahkan perjalanan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji pada tahun ini. Amin. Berkhidmat dan juga boleh sama-sama beribadat!

Saya pasti ramai yang mengimpikan peluang sebegini.

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hadirnya cahaya mata dalam kehidupan berkeluarga akan melengkapkan suasana harmoni sesebuah perkahwinan.

Namun ada kalanya , impian untuk mendapatkan zuriat gagal dalam sesebuah perkahwinan. Stress dan putus asa banyak dihadapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti cahaya mata.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat. Kebiasaannya punca seseorang wanita itu gagal hamil adalah atas beberapa sebab seperti;

1. Masalah ovulasi
Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.


2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.


3. Lelaki juga boleh menjadi punca
Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.


4. Punca lain
Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:

1. Mengambil Vitamin:-
Untuk cepat hamil, pengambilan vitamin atau pun jenis makanan mengandungi bahan-bahan diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengambil 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Dan wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan tabung otak janin kelak.

2. Melakukan Hubungan Seksual Waktu Subur :-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu isteri subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh isteri. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada isteri yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

4. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang isteri mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

5. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi isteri di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

6. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

7. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

8. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

9. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa isteri yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

10. Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa:-
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Allah. Oleh kerana itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkati dikurniakan cahaya mata. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, segeralah mengambil wuduk dan berdoalah.

Berikut adalah doa cepat hamil dan mendapat zuriat yang soleh;

Doa Nabi  Zakaria a.s Memohon Diberi Anak yang Soleh

Surah Al-Furqaan: Ayat 74
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Surah Ali Imran: Ayat 38
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!


Doa Nabi Ibrahim a.s

Surah Al-Saffat: Ayat 100
OWHH... Ini Rupanya 10 Tips RAHSIA Supaya Isteri Kita Mudah Hamil. Tips #6 Mungkin Ramai Tak Buat!

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Apa yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Selamat menimang cahaya mata...

http://downloadpelbagai.blogspot.my/2013/11/10-tips-mudah-hamil.html




Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu

Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu
Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu

Satu perkongsian dari Ustaz Kazim Elias menerusi ceramahnya mengenai kematian sangat memberi manfaat. Malah perkongsian ini dimuat naik di laman Facebook Siti Murni yang menjelaskan betapa gerunnya malaikat 'blue black' ini.

Jom baca perkongsian tersebut.

Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada ank nya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah ngn nada yang rendah..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...

Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..

Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw.

Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.

Pilihlah mana yg kamu nak buat. Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa. Jagalah solat kamu.

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada orang Islam supaya persiapkan diri sebelum dijemput olehNya. Share perkongsian ini jika bermanfaat. 

Ustaz, Boleh tak kalau saya berubat dengan ARAK? Dah itu je cara yang saya jumpa.. Saya sebenarnya sakit...

Ustaz, Boleh tak kalau saya berubat dengan ARAK? Dah itu je cara yang saya jumpa.. Saya sebenarnya sakit...

Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]

Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?

Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.

Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi

Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Arak. Kemudian baginda saw melarang atau tidak suka untuk menggunakannya. Kemudian Thoriq mengatakan bahawa Arak itu hanya akan digunakan sebagai ubat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan,

إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ

“Sesungguhnya Arak bukanlah ubat, namun sebenarnya dia adalah penyakit.”[2]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan, “Inilah dalil tegas yang melarang berubat dengan Arak dan sebagai bantahan kepada orang yang membolehkannya. Begitu pula dengan benda-benda haram lainnya berlaku demikian (terlarang digunakan untuk berubat) dengan alasan qias (analogi). Hal ini berbeza dengan orang yang membezakan antara keduanya.”[3]

Sungguh sangat aneh jika ada sebahagian doktor muslim yang membolehkan berubat dengan Arak (arak) sedangkan Nabinya sendiri mengatakan bahawa Arak itu adalah penyakit!

Kedua: Hadis Abu Darda’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّوَاءَ وَأَنْزَلَ الدَّاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَتَدَاوَوْا بِحَرَامِ

“Sesungguhnya Allah menurunkan ubat dan Dia juga menurunkan penyakit. Allah menjadikan ubat pada setiap penyakit. Oleh kerana itu, berubatlah. Namun janganlah kalian berubat dengan yang haram. ”[4]

Ketiga: Hadis Abu Hurairah

Dari Abu Hurairah, beliau mengatakan,

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّوَاءِ بِالْخَبِيثِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menggunakan ubat yang khobis (kotor).” [5]

Inilah dalil-dalil yang menunjukkan larangan berubat dengan yang haram secara umum dan menunjukkan pula terlarangnya menggunakan Arak (arak) secara khusus.

Satu kekeliruan

Mungkin ada yang menanyakan, “Kenapa dalam masalah perubatan dengan Arak tidak masuk dalam kaedah Ushul Fiqih: “Keadaan darurat membolehkan sesuatu yang terlarang”?”[6]

Jawapannya:

Pertama, berubat bukanlah termasuk perkara darurat daripada pelbagai pendapat ulama yang lebih kuat dan berubat bukanlah suatu kewajipan menurut majoriti ulama. Sampai-sampai Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan,

وَلَسْتُ أَعْلَمُ سَالِفًا أَوْجَبَ التداوي

“Aku tidak mengetahui satu ulama salaf (ulama terdahulu) yang mewajibkan untuk berubat.”[7]

Syaikh Muhammad bin ‘Ibrahim Alu Syaikh rahimahullah mengatakan,  “Hukum asal berubat adalah dibolehkan, namun bukanlah wajib. Maka tidak boleh seseorang berubat dengan yang terlarang kerana alasan melakukan sesuatu yang dibolehkan.”[8]

Dalil pendukung hal ini adalah hadis Ibnu ‘Abbas  mengenai wanita hitam yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

فَقَالَتْ إِنِّى أُصْرَعُ ، وَإِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِى . قَالَ « إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ » . فَقَالَتْ أَصْبِرُ . فَقَالَتْ إِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ، فَدَعَا لَهَا .

Wanita tersebut mengatakan, “Aku sering menderita penyakit sawan sehingga auratku sering terbuka. Berdoalah pada Allah untukku.” Baginda berkata, “Jika engkau mahu, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkanmu.” Wanita tersebut mengatakan, “Kalau begitu aku memilih untuk bersabar. Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawan), maka berdoalah pada Allah agar auratku tidak tersingkap ketika itu.” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan wanita tadi (agar auratnya tidak tersingkap).[9]

Seandainya berubat itu wajib, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak perlu memberi pilihan di dalam hadis di atas.

Asy Syaukani mengatakan, “Tidak berubat lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar.”

Murid Asy Syaukani, Shidiq Hasan Khan mengatakan, “Lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar. Alasannya kerana di dalam hadis di atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Jika mahu, engkau lebih baik untuk bersabar.” Namun jika tidak mampu untuk bersabar terhadap sakit yang diderita dan merasakan sempit ketika menahan sakit, dalam keadaan ini berubat lebih utama kerana keutamaan tidak berubat tiada jika tidak mampu bersabar.”[10]

Kedua, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan mengenai haramnya berubat dengan Arak, sebagaimana telah disebutkan dalam hadis yang telah lalu.[11]

Kesimpulan: Arak (contoh arak) tidak boleh digunakan untuk berubat.

Ingat, Perbahasan ini berbeza dengan Perbahasan menggunakan ubat atau antiseptik yang mengandungi alkohol. Insya Allah akan datang penjelasannya mengenai hal yang dimaksudkan.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal (Alumni Teknik Kimia UGM 2002-2007)

Ertikel Rumaysho.com

Notakaki:

[1] Sumber bacaan: http://www.suarakarya-online.com/news.html?id=120307

[2] HR. Muslim no. 1984, dari Wa-il bin Hujr

[3] Majmu’ Al Fatawa, 21/568.

[4] HR. Abu Daud no. 3874. Ibnu Muflih dalam Al Adab Asy Syar’iah 2/336 mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan. Asy Syaukani dalam Ad Durori Al Madhiyah hal. 353 mengatakan bahawa dalam sanad hadis ini Isma’il bin ‘Ias.

Syaikh Al Albani dalam Misykah Al Mashobih 4464 mengatakan bahawa sanad hadis ini dhaif, namun bahagian kalimat pertama dinilai sahih dilihat daripada jalur lainnya (baca: sahih lighoirihi).

[5] HR. Abu Daud no. 3870, Ibnu Majah no. 2802, At Tirmizi no. 2045 dan Ahmad 15/193. Syaikh Ahmad Syakir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[6] Perbahasan ini adalah sanggahan terhadap pernyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan, “Walaupun demikian, jika hingga terjadi keadaan darurat, maka darurat itu dalam pandangan syariat Islam ada hukumnya tersendiri. Oleh kerana itu, kalau seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu dapat dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat mengancam kehidupan manusia, di mana tiada ubat lainnya kecuali arak, dan saya sendiri percaya hal itu tidak akan terjadi, dan setelah mendapat pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan mempunyai semangat terhadap agama, maka dalam keadaan demikian berdasar kaedah agama yang selalu membuat kemudahan dan menghilangkan beban yang berat, maka berubat dengan arak tidaklah dilarang, dengan syarat dalam batas seminima mungkin.” (Sumber: http://www.halalguide.info/2009/03/05/arak-adalah-penyakit-bukan-ubat/comment-page-1/#comment-512 )

[7] Majmu’ Al Fatawa, 21/564.

[8] Fatawa wa Rosa-il Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, 3/139, Asy Syamilah

[9] HR. Al-Bukhari no. 5652 dan Muslim no. 2576.

[10] Lihat Ar Roudhotun Nadiyah Syarh Ad Durorul Bahiyah, Shidiq Hasan Khon, 2/353, Darul ‘Aqidah, cetakan pertama, tahun 1422 H.

[11] Perbahasan ini kami olah dari Sahih Fiqih Sunnah, 2/391 dengan beberapa tambahan.

http://rumaysho.com/hukum-islam/umum/2879-bolehkah-berubat-dengan-arak.html

"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria Melalui Watak Pokemon Go

"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria
"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria
ISTANBUL 23 Julai - Mengambil kesempatan daripada populariti permainan Pokemon Go yang semakin meningkat, sebuah kumpulan media di Syria melancarkan kempen kesedaran terhadap kanak-kanak di negara itu yang memaparkan mereka memegang poster watak maya Pokemon.

Kempen itu dilancarkan oleh Pejabat Media Tentera Pembaharuan Syria (RFS) yang menentang kepemimpinan Presiden, Bashar al-Assad.

Gambar kanak-kanak dari pelbagai lokasi di Syria sambil memegang poster tertera watak Pokemon disiarkan di Facebook berserta keterangan ‘Saya di sini, tolong selamatkan saya’.

Portal berita The Independent melaporkan, satu daripada pos­ter menunjukkan seorang budak lelaki memegang poster bertulis ‘Nama saya Kafr Nabl di pinggir badar Idlib, tolong selamatkan saya’, manakala satu lagi poster tertera perkataan ‘Saya Kafr Zeta, selamatkan saya’.

Jurucakap RFS yang berpangkalan di Turki berkata, ketika media hangat memperkatakan permainan realiti maya, Pokemon Go, pihaknya memutuskan untuk menyiarkan gambar itu bagi menunjukkan penderitaan dialami rakyat Syria.

“Kami mahu membangkitkan kesedaran dan menarik perhatian tentang nasib kanak-kanak Syria di kawasan yang dikepung tentera kerajaan serta penduduk yang dibunuh Bashar dan sekutunya,” jelas jurucakap itu.

Gambar kanak-kanak Syria itu difahamkan telah dikongsi sebanyak 21,500 kali.
Ratusan pengguna Facebook turut menyatakan simpati dan mendoakan kesejahteraan kanak-kanak terlibat pada ruangan komen.

Malah, gambar itu turut dimuat naik di Twitter dengan antara pemilik akaun menulis kapsyen ‘Permainan realiti maya Pokemon yang tidak pernah ada lihat sebelum ini’.

Sejak permainan Pokemon Go menjadi kegilaan penduduk dunia, penduduk Syria melahirkan kekecewaan kerana permainan maya itu lebih menarik perhatian masyarakat berbanding nasib mereka.


Utusan online