Sponsored Links
الله أكبر Tiada Hadis Sahih Mengenai PAYUNG EMAS Buat Isteri Benarkan Suami Berpoligami! Habis bagaimana bermulanya "Khabar Angin" mengenainya? |
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-101: PAYUNG EMAS
Written by Muhammad Mushfique
Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah:
Firman Allah SWT:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]
Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.
Wallahua'lam

Source : http://www.harakahdaily.net/
Ust Azhar Idrus- Isteri Solehah & Payung Emas
Sila sebarkan. Agar minda masyarakat dapat dibentuk semula.
" Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"
الله أكبر Tiada Hadis Sahih Mengenai PAYUNG EMAS Buat Isteri Benarkan Suami Berpoligami! Habis bagaimana bermulanya "Khabar Angin" mengenainya?
4/
5
Oleh
Unknown