Tips Pelepasan Cukai dan Cara Kurangkan Cukai Income Tax LHDN

Sponsored Links
Tips Pelepasan Cukai dan Cara Kurangkan Cukai Income Tax LHDN
Tips Pelepasan Cukai dan Cara Kurangkan Cukai Income Tax LHDN
Ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa cara untuk kurangkan Cukai Income Tax ini. Ya, mungkin juga mereka tahu tetapi kerana terlalu leceh atau mengambil mudah maka perkara-perkara ini tidak diambil serius.

Persoalannya siapa yang rugi?

Jadi nak ke tak nak sama-sama kita pelajari Tips Pelepasan Cukai dan Cara Kurangkan Cukai Income Tax LHDN

13 Tips Cara Kurangkan Income Tax Anda

1. Zakat

Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.

3. Pembelian buku, majalah dan journal. 

Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNAMERCY dan banyak lagi

5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)

Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.

6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa. 

Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.

8. Pembelian barangan sukan. 

Pelepasan cukai maksimum RM300

9. Insuran hayat/takaful keluarga

Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.

10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa

Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun.

Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

12. Beli hartanah yang bernilai RM 250k dan ke bawah. 

Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .

13. Buat Full Medical Check Up

Maksimum RM500.

Amanat KHAS: Sila simpan resit-resit pembelian anda dan sebaik-baiknya buatkan satu file khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.
Sedikit info berkaitan cukai:
Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.
Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut.

Related Posts

Tips Pelepasan Cukai dan Cara Kurangkan Cukai Income Tax LHDN
4/ 5
Oleh