Sponsored Links
Cara Mudah Check Tayar Kereta Sebelum Balik Raya dan Tips Tukar Tayar Baru |
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kereta sudah diservis dengan sepenuhnya. Cara terbaik, hantarlah ke pusat servis yang benar-benar established supaya hasilnya benar-benar memuaskan hati.
Jadi, hari ini juga admin sekadar ingin berkongsi tips yang admin dapat dari Google.
Tips Mengesan Kehausan Tayar Kereta
Cara Mudah Check Tayar Kereta Sebelum Balik Raya dan Tips Tukar Tayar Baru |
Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.
Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.
Cara Melihat Bunga Tayar dengan Betul
Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.
Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.
Tarikh Pembuatan Tayar
Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.
Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.
Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.
Bagaimana handak mengetahuinya Tarikh Tayar dibuat?
Cara Mudah Check Tayar Kereta Sebelum Balik Raya dan Tips Tukar Tayar Baru |
2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).
Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.
Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.
Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.
Maksud kod pada sisi Tepi tayar kenderaan kita?
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H- Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
- Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
- Jejari: R
- Diameter rim: 13 inci
- Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
- Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
- Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
Maksud Senarai Kod
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - Melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
- ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
Berat Tampung Maksima Tayar
Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.Fahami Kelajuan Dibenarkan Mengikut Kod Tayar
Cara Mudah Check Tayar Kereta Sebelum Balik Raya dan Tips Tukar Tayar Baru |
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.
Sumber : http://www.sentiasapanas.com
Cara Mudah Check Tayar Kereta Sebelum Balik Raya dan Tips Tukar Tayar Baru
4/
5
Oleh
Unknown