Budak 6 Tahun 15 Jam Terperangkap dalam Lif di Kuarters Kerajaan

Sponsored Links
Budak 6 Tahun 15 Jam Terperangkap dalam Lift di Kuarters Kerajaan
Budak 6 Tahun 15 Jam Terperangkap dalam Lif di Kuarters Kerajaan

Dugaan di Bulan Puasa

Itulah satu pengalaman pahit buat ibu bapa Harith Muqri apabila anak mereka telah hilang. Ibubapa mana yang tidak risau jika anak yang masih kecil tidak berada di depan mata kita lebih-lebih lagi pada waktu malam. Namun begitu itulah pengalaman yang terpaksa dilalui oleh adik Harith kerana lif yang dinaikinya telah rosak.


Pengalaman Harith Muqri Terperangkap dalam Lif

KUALA LUMPUR: "Saya menangis meminta tolong tapi tidak ada orang dengar sehingga tertidur sebab lapar dan panas," kata Harith Muqri Mohd Zuraimi yang melalui pengalaman menakutkan ketika terperangkap kira-kira 15 jam dalam lif di kuarters kerajaan Jalan U-Thant, Desa Pandan, semalam.

Ketika ditemui di rumahnya di Blok E kuarters itu malam ini, Harith Muqri, 6, kelihatan lemah dan kurang bercakap kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa dirinya. "Saya pergi ke Blok C untuk mencari kakak di rumah kawannya tapi dia tiada.

Saya masuk lif bomba untuk balik rumah tapi lif berhenti secara tiba-tiba, namun lampu bernyala," katanya yang menceritakan kejadian itu. Harith Muqri berusaha untuk membuka lif itu sebaik terperangkap kira-kira jam 6 petang semalam, tetapi gagal.

Jeritannya pula tidak didengari penghuni pangsapuri itu kerana mereka dipercayai tidak mengendahkan lif itu yang rosak kerana masih ada dua lif yang berfungsi di blok berkenaan.

Viral di Media Sosial

Kehilangan Harith Muqri turut menjadi viral di media sosial pagi tadi selepas ibu bapanya membuat laporan polis semalam apabila menyedari anak mereka tidak pulang menjelang waktu berbuka puasa. Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ditemui selamat oleh ibu bapanya walaupun dalam keletihan dan kelaparan kira-kira jam 9 pagi tadi.

Harith Muqri di Selamatkan

Sementara itu, bapanya, Mohd Zuraimi Idris, 37, berkata isterinya pergi ke Taska di blok berhampiran pagi ini untuk bertanyakan rakan anaknya mengenai kehilangan Harith Muqri. Seorang daripada rakannya memberitahu terlihat kelibat anaknya itu di lif Blok C selepas bermain petang semalam.

"Kami terus ke lif berkenaan dan terdengar suara seolah-olah budak meminta tolong. Isteri saya cuba membuka lif dan ternampak kelibat Harith Muqri dalam lif sebelum meminta bantuan untuk mengeluarkannya. "Kami bersyukur apabila dia dijumpai dalam keadaan sihat walaupun agak lesu kerana panas dan lapar," katanya.

Ketahui Tips atau Langkah Boleh di Lakukan Jika Terperangkap Dalam Lif

Langkah-langkah ini sebenarnya untuk orang dewasa namun begitu sangat-sangat dialu-alukan untuk kita ajarkan kepada anak-anak kita sekadar apa yang mampu mereka dilakukan. Ingat, ilmu itu sangat penting jadi kongsikan dan ajarkan mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan.


1. Bertenang dan jangan panik 
Ini adalah perkara paling utama yang perlu diamalkan. Jika bertenang dan tidak panik otak kita mampu berfikir dengan waras jesteru ianya mampu mempengaruhi tindakan kita pada masa tersebut.

2. Interkom
Kalau lift anda mempunyai butang ikon gangang atau dipanggil ''interkom'',  sila tekan butang interkom lif tersebut dan laporkan kepada pusat kawalan. Biasanya lif yang mempunyai pusat kawalan mempunyai butang ini bagi PPR biasanya tiada butang ini.

3. Loceng
Sila Tekan loceng banyak banyak kali untuk memberi isyarat terperangkap didalam lift kepada orang yang berada diluar  dan memerlukan pertolongan mereka.

4. Telefon atau Khidat Pesanan Ringkas.SMS
Kebiasaanya tiada line telefon  lif namun  tidak salah untuk anda mencubanya. Cara mencari line telefon dalam lif adalah cuba cari di genap ruang lif. Kadang-kala ada titik yang mempunyai sedikit liputan talian telefon yang akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan orang di luar.

5. Duduk
Elakkan dari berdiri jika lif  mengalami gangguan dan cuba duduk di atas lantai lif tersebut seta bawa bertenang. Ini bagi mengelak dan mengurangkan  kesan kepada kita jika lif tersebut jatuh bebas ke bawah.

Semoga kita semua beringat insyaallah.

Related Posts

Budak 6 Tahun 15 Jam Terperangkap dalam Lif di Kuarters Kerajaan
4/ 5
Oleh