Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016

Sponsored Links
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016

Promosi Beli Kereta Myvi! PERODUA

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), pengeluar kenderaan mampu milik nasional menawarkan diskaun istimewa bagi model Myvi 1.5 sebagai sebahagian daripada kempen Cintakan Negara.

Bagi model Myvi 1.5SE potongan harga sehingga RM3,650 manakala model advance line-up dengan diskaun sehingga RM3,800. Diskaun istimewa itu sah dari 7 Mei hingga 5 Julai sahaja. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata Myvi kekal menjadi antara model paling laris dan kempen istimewa itu bertujuan membantu rakyat Malaysia meraikan bersama kejayaan itu.


"Sebagai tanda terima kasih kepada semua, kami memberikan nilai terbaik kepada anda," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, PERODUA sudah menjual 890,000 unit kenderaan dan dinobatkan sebagai kereta pilihan rakyat Malaysia untuk tempoh 10 tahun. Varian Advance kini didatangkan dengan dua ton warna, gabungan hitam Ebony metalik dan biru elektrik yang direka khas untuk mereka yang berjiwa muda.
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016

Ia boleh dimiliki dengan harga RM55,118.00. Dr Aminar Rashid berkata, Perodua juga melakukan rasionalisasi bagi barisan varian Myvi sejajar dengan permintaan pasaran dan pemberhentian pengeluaran model 1.3L Premium X (AT) and Premium XS (AT) secara berperingkat.

Katanya, selain warna baharu bagi model Myvi, PERODUA juga memperkenalkan perkhidmatan alternatif tukar alat ganti yang berpatutan iaitu ProGanti. "Ia bagi menggalakkan pelanggan kami menggunakan alat ganti berkualiti pada harga berpatutan.

"Sebagai pengenalan, kami akan memperkenalkan enam alat ganti paling laris di bawah ProGanti yang sudah diuji dan diedar oleh PERODUA," katanya. 
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016
Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016
 Mengulas lanjut, Dr Aminar Rashid berkata, setiap alat ganti ProGanti disertakan dengan jaminan enam bulan. "Kami akan terus menambah bilangan alat ganti kepada 30 barangan pada akhir tahun ini," katanya.

Related Posts

Masa Terbaik Beli Kereta Myvi! PERODUA Tengah Buat Promosi 7 Mei - 5 Julai 2016
4/ 5
Oleh