Sponsored Links
Berita Terbaru Tentang MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob Masuk HUSM Pendarahan di Kepala |
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini akibat pendarahan di kepala.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud, ketika memaklumkan perkara itu berkata, Ahmad dijangka menjalani pembedahan kecil esok. Katanya, keadaan Menteri Besar kini sedar sepenuhnya dan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke HUSM, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan Menteri Besar.
"Semua pihak diminta berdoa agar kesihatan Menteri Besar pulih seperti sedia kala dan dapat kembali berkhidmat," katanya.
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
Bharian.
Bharian.
Berita Terbaru Tentang MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob Masuk HUSM Pendarahan di Kepala
4/
5
Oleh
Unknown