![]() |
TOP SECRET | Bagaimana "Kami" Buat Skim Cepat Kaya & Senarai 261 Syarikat & Laman Sesawang Watchlist BNM [Kemaskini: 07 Mar 2016] |
[Nasihat Saya Supaya Masyarakat Jangan Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya]
Saya dapat info ini bagaimana ‘scammer’ ini membuat kerja. Andaikan saya adalah ‘scammer’:
Sponsored Links
1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka
satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:
A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000
A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000
2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur,
stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan
ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang
ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu
Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan
selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan
mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej
akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection
yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan
untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya
RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop
pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 =
RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan
trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.
3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan
menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan
mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan
stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih
lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan
bulanan RM100.
4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah
termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang
stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah
sangat-sangat 'trusted'.
5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal.
Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat
handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan
tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.
6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin
dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond -
RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang,
personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 =
RM40,000,000.
7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!)
dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa
ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya.
Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer
sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu
pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk
meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk
selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.
Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus
(disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah
yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.
Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat
kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya
tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE & TAG
RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.
anti-scammers
DARI BANK NEGARA MALAYSIA
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
-
Senarai nama entiti dan laman sesawang
[Kemaskini: 07 Mar 2016]
Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan yang berikut:
TOP SECRET | Bagaimana "Kami" Buat Skim Cepat Kaya & Senarai 261 Syarikat & Laman Sesawang Watchlist BNM [Kemaskini: 07 Mar 2016]
4/
5
Oleh
Unknown