Penerbit Clever Girl Malaysia Mohon Orang Ramai HENTI KECAM Peserta KURANG BIJAK

Sponsored Links

Tinggalkan Komen :

1. Clever Girl Memang Clever
2. Clever Ke Clever Girl?

KUALA LUMPUR: Penerbit Clever Girl Malaysia meminta orang ramai supaya berhenti mengecam peserta rancangan terbabit apabila dianggap kurang bijak ketika menjawab soalan diajukan kepada mereka dalam program itu.

Shazreena Kassim berkata, 14 peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun dek rasa gemuruh ketika berdepan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya gugup.

 "Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula. "Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi," katanya kepada BH Online. 

Pada episod pertama rancangan itu, seorang peserta, Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor menerima kecaman dan sindiran hebat daripada netizen apabila beliau tidak dapat membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi. Selain itu, peserta Selangor, Arina Mohd Fairin juga gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia.

Pada episod kedua yang bersiaran semalam, pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila soalan; "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?" menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan "tiga". Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar. Perkara itu membuatkan golongan netizen mengecam pihak produksi yang dikatakan tidak bijak menyediakan soalan kerana jawapan sebenar untuk soalan berkenaan ialah empat, iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. 

Berikutan itu, netizen menyifatkan pihak produksi masih tidak mengambil iktibar daripada kontroversi pada minggu pertama program terbabit. Shazreena berkata, walaupun menerima pelbagai komen sama ada baik mahupun sebaliknya, program itu menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter.

"Saya tahu pihak kami perlu mengambil setiap kesilapan sebagai pengajaran agar dapat diperbaiki pada episod seterusnya. Saya juga yakin, Clever Girl Malaysia akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa," ujarnya.

Clever Girl Malaysia bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam, bermula 13 Mac lalu.

Penerbit Clever Girl Malaysia Mohon Orang Ramai HENTI KECAM Peserta KURANG BIJAK

Related Posts

Penerbit Clever Girl Malaysia Mohon Orang Ramai HENTI KECAM Peserta KURANG BIJAK
4/ 5
Oleh