Sponsored Links
Ooo... Ramai Curi Elektrik TNB Ya Sekarang... |
Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman sendiri bercakap tentang orang curi elektrik. Rupa-rupanya bukan sekadar khabar angin tetapi ianya REALITI.
Berikut dialog lebih saya dengan kawan sekerja. (lebih kurang)
Kawan : Mat, kau rasa apa hukum orang curi elektrik? Ok tak? Rasa macam harga bil tinggi sangatlah. Sampai lebih RM100 je tiap-tiap bulan
Saya : Eh... Curi elektri? Apa benda tu. Em.. Kalau dah nama curi, salah lah kan.
Kawan : La.. Tak tahu ke? Kawan kita Si A, Si B, Si C.. Ramai lagilah yang dah buat. Mudah sangatlah. Sekarang dah ada orang yang buat. Bayar sikit je terus setle!
Saya : Wah... Habis, abang pun buat juga ke?
Kawan : Tak adalah. Tanya je. Tak mahulah. Kita mengaji, solat, semua pakai elektrik. Tak pasal-pasal tak dapat pahala sebab buat amal sambil guna barang curi. Kan?
Saya : Hik hik.. Betul tu. Tapi nanti saya tanya pak mertua & ayah angkat saya pasal hukum ni. Dua-dua ustaz.
Kawan : Hah, bagus sangat. Nanti boleh nasihat kawan kita tu.
Nampak tak?? Mudah sangat rupanya. Bayar sikit nanti adalah yang orang sanggup buat tu. Siap beri testimoni. Kalau dulu around RM200. Sekarang dalam RM80 je. Contoh.... Baru faham betapa hebat dan mudahnya kerja turunkan bil elektrik rumah sekarang ni kan.
Curi Elektrik ? Apa Maksud Curi Elektrik Mengikut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
Curi elektrik bermaksud membuat sambungan pendawaian elektrik haram sebelum meter elektrik (dalam bidang tanggung jawab syarikat bekalan elektrik) dengan niat untuk memperoleh bekalan elektrik sesalur tanpa membuat sebarang pembayaran kepada syarikat pembekal tenaga elektrik tersebut. Sambungan pendawaian elektrik yang dilakukan selepas meter elektrik tidak dianggap sebagai curi elektrik, memandangkan peralatan elektrik yang memperoleh punca kuasa daripada sambungan tersebut turut dikira oleh meter elektrik serta dibilkan.
Tetapi , kenapa ianya berlaku?
Secara mudahnya, mengikut perbincangan kami (saya dengan kawan) secara mudah antara punca berlakunya kes Ramai Mencuri Elektrik ialah alasan seperti berikut
1. Kenaikan tarif elektrik membebankan.
2. Harga tarif elektrik tidak munasabah untuk sebuah negara yang menjana sendiri elektrik dengan empangan yang besar.
3. Kenaikan meter secara mendadak selepas menukar meter baru.
4. Kerajaan zalim, wajib jatuhkan kerajaan dengan cara sendiri.
5. Pemimpin zalim, memerintah secara kuku besi dan tiada belas kasihan pada rakyat.
6. Dll.
Jadi apa kata anda??? Kenal sesiapa yang curi elektrik?
Ooo... Ramai Curi Elektrik TNB Ya Sekarang...
4/
5
Oleh
Unknown