AMARAN Cuaca Panas Jadikan Virus Nyamuk Aedes Agresif Serang Hati & Ginjal Boleh Bawa MAUT

Sponsored Links
AMARAN Cuaca Panas Jadikan Virus Nyamuk Aedes Agresif Serang Hati & Ginjal Boleh Bawa MAUT
AMARAN Cuaca Panas Jadikan Virus Nyamuk Aedes Agresif Serang Hati & Ginjal Boleh Bawa MAUT
GURUN: Orang ramai perlu lebih peka dan berwaspada terhadap perubahan simptom demam denggi susulan cuaca panas melampau akibat fenomena El Nino.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat India dan Cina, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong, berkata rekod terbaru melaporkan, berlaku perubahan ketara terhadap simptom demam denggi dihadapi pesakit di negeri ini.

Katanya, cuaca panas menyebabkan virus nyamuk Aedes menjadi lebih agresif kerana perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan cuaca.

"Jika sebelum ini simptom yang dikesan adalah demam panas dan sakit sendi tetapi kini ia berubah kepada deman biasa, diikuti sakit perut dan cirit-birit yang jarang berlaku kepada pesakit demam denggi sebelum ini. "Kesannya lebih teruk kerana cepat merebak ke organ penting seperti hati dan buah pinggang, serta boleh membawa maut," 

katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Gotong-Royong Hapus Aedes di Taman Gurun Jaya di sini, pagi tadi.

Sehingga 12 Mac lalu, katanya, sebanyak 216 kes demam denggi direkodkan di negeri ini dengan tertinggi di daerah Kuala Muda iaitu 93 kes.

SIMPTOM TERBARU DEMAM DENGGI.

1. deman biasa
2. sakit perut
3. cirit-birit

sumber bharian

Related Posts

AMARAN Cuaca Panas Jadikan Virus Nyamuk Aedes Agresif Serang Hati & Ginjal Boleh Bawa MAUT
4/ 5
Oleh