2 Negeri Catat Suhu 39 Celcius Menghampiri Tahap BAHAYA Hari Ini. Mungkinkah Kementerian Arahkan Sekolah di Tutup?

Sponsored Links

Sebelum isu ini, Biskut Tawar berharap pembaca dapat mengetahui dan Alert tentang " AMARAN Cuaca Panas Jadikan Virus Nyamuk Aedes Agresif Serang Hati & Ginjal Boleh Bawa MAUT "
 dan juga " Renungan Tentang Kiamat & Kehadiran Dajal | MALAYSIA DIJANGKA KEMARAU PANJANG " yang perlu di pandang serius oleh kita semua.


TUARAN: Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara sekarang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, berkata berdasarkan bacaan yang direkodkan sehingga 4 petang, Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5 darjah Celsius diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1 darjah Celsius.

Turut mencatat bacaan suhu tertinggi ialah Ipoh di Perak dengan 37.5 darjah Celsius dan Temerloh di Pahang dengan bacaan suhu 37.4 darjah Celsius.

 "Bacaan suhu ini sudah menghampiri 40 darjah Celsius iaitu bacaan suhu berbahaya dan boleh menyebabkan strok haba," 

katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sangkar sembelih mudah alih dan kompang sinar x kepada penduduk sekitar Tuaran di sini, hari ini.

Madius berkata, kementerian akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa dan berkongsi data terkini mengenai perkara itu untuk perhatian dan tindakan kementerian lain dalam menghadapi musim panas itu. - BERNAMA

Selain itu, di Sabah pula Keningan mencatatkan suhu tertinggi disana.

2 Negeri Catat Suhu 39 Celcius Menghampiri Tahap BAHAYA Hari Ini. Mungkinkah Kementerian Arahkan Sekolah di Tutup?
2 Negeri Catat Suhu 39 Celcius Menghampiri Tahap BAHAYA Hari Ini. Mungkinkah Kementerian Arahkan Sekolah di Tutup?
KOTA KINABALU: Keningau mencatat bacaan suhu tertinggi di Sabah iaitu 36.8 Celsius setakat 2 petang tadi berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, lima lagi daerah di Sabah yang mencatat suhu melebihi 30 darjah Celsius ialah Ranau (34 darjah Celsius) dan Tawau (33.7 darjah Celsius). Kota Kinabalu mencatat bacaan suhu keempat tertinggi iaitu 32.8 darjah Celsius, diikuti Sandakan (31.7 darjah Celsius) dan Kudat (31.0 darjah Celsius).

Bahang panas yang memuncak di Keningau yang terletak kira-kira 131 kilometer dari sini, turut menjejaskan aktiviti harian penduduknya. Penduduk Keningau, Cappley Attap, 45, berkata cuaca panas dan kering yang melanda daerah itu hari ini dirasakan lebih teruk berbanding hari sebelumnya.

"Cuaca di Keningau sekarang panas terik. Hari ini adalah hari yang terlampau panas," 

katanya ketika dihubungi. Penjawat awam, Aloysius Opong, 49, berkata walaupun berada di dalam rumah, namun bahang panas amat dirasai.

"Cuaca panas dirasai sejak 12 tengah hari tadi,"

 katanya sambil memberitahu bahawa tanaman sayurnya juga terjejas akibat cuaca panas. Jovita Pamela, 43, pula memilih untuk kurang keluar rumah bagi mengelak terdedah kepada komplikasi kesihatan seperti strok haba. - BERNAMA


2 Negeri Catat Suhu 39 Celcius Menghampiri Tahap BAHAYA Hari Ini. Mungkinkah Kementerian Arahkan Sekolah di Tutup?

Related Posts

2 Negeri Catat Suhu 39 Celcius Menghampiri Tahap BAHAYA Hari Ini. Mungkinkah Kementerian Arahkan Sekolah di Tutup?
4/ 5
Oleh