Resepi Mudah dan Sedap Masak Ikan Siakap 3 Rasa

Sponsored Links
Resepi Mudah dan Sedap Masak Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum.

Hidangan siakap tiga rasa pastinya sesuatu yang sangat enak. Ya, dengar sahaja nama lauk ini sudah pasti ramai yang terbuka seleranya. Jadi hari ini Biskut Tawar usaha mencari resepi Ikan Siakap Tiga Rasa dan alhamdulillah ditemukan dengan blog yang menarik.

Jadi berikut dikongsikan.


Bahan-bahannya:


Untuk Ikan:

  • 2 ekor ikan siakap
  • Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
  • Serbuk Pasti Sedap Knoor
  • Minyak untuk menggoreng ikan


Untuk Kuah:

  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 6 biji bawang putih - dititik
  • 10 biji cili padi - dipotong kecil
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
  • Kiub nanas - Kak Noor beli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand (Snacky Nanas) - 280 gm
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai - dititik
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Resepi Mudah dan Sedap Masak Ikan Siakap 3 Rasa

Cara membuatnya:


1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.


Resepi Mudah dan Sedap Masak Ikan Siakap 3 Rasa diambil dari http://sajiandapurbonda.blogspot.com

Related Posts

Resepi Mudah dan Sedap Masak Ikan Siakap 3 Rasa
4/ 5
Oleh