Sponsored Links
Ranking Terbaru Pasukan bola Sepak Malaysia Harimau Malaya |
KUALA LUMPUR: Ketiadaan perlawanan kompetitif sepanjang Disember tahun lalu menyaksikan kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Malaysia kembali ke kedudukan tercorot - 171 dunia.
Berdasarkan senarai baharu dikeluarkan badan induk itu, hari ini, kedudukan terbaharu itu menyaksikan kejatuhan satu anak tangga berbanding ranking 170 yang dicatatkan pada Disember lalu.
Kedudukan 171 dunia adalah terendah pernah dicapai skuad kebangsaan sejak sistem ranking diperkenalkan FIFA pada Disember 1992. Malaysia sebelum ini pernah menghuni ranking ke-171 dunia pada November tahun lalu.
Kali terakhir skuad negara di bawah bimbingan jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee beraksi pada aksi kompetitif ialah perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu dan tewas 1-2 di Stadium Shah Alam pada 17 November lalu.
Kedudukan terbaharu itu turut menyaksikan Malaysia ketika ini di belakang pasukan Timor Leste yang menghuni ranking 170 dunia. Daripada kalangan negara Asia Tenggara, hanya Brunei (184), Kemboja (181), Indonesia - 180 (digantung FIFA) dan Laos (177) berada di ranking lebih rendah berbanding Malaysia.
Thailand kekal pasukan terbaik dalam kalangan negara di rantau ini dengan peningkatan mendadak ke kedudukan 121 dunia diikuti Filipina di ranking 135. Ia diikuti Vietnam (146), Singapura (148) dan Myanmar di ranking 158 dunia. Untuk rekod, kedudukan ranking terbaik pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada tahun 1993.
Sementara itu, Iran di kedudukan terbaik di Asia apabila menduduki ranking ke-43 dunia diikuti Korea Selatan (51) manakala Jepun di ranking ke-53 dunia. Belgium yang dibarisi pemain-pemain berbakat kekal di ranking pertama diikuti Argentina, Sepanyol dan Jerman.
Ranking Terbaru Pasukan bola Sepak Malaysia Harimau Malaya
4/
5
Oleh
Unknown