#Kisah Benar - Tak Sampai Setahun Suami Curang Selepas Isteri Bersalin! Curang & Siap Duduk Bilik Sama di Cameron Highland Masa Kami Honeymoon Dulu

Sponsored Links
#Kisah Benar - Tak Sampai Setahun Suami Curang Selepas Isteri Bersalin! Curang & Siap Duduk Bilik Sama di Cameron Highland Masa Kami Honeymoon Dulu
gambar hiasan
# kisahbenar
# hantarkan kisah anda di http://m.me/107062136382119
# Join Telegram https://telegram.me/biskutawar


Salam, mohon hide profile saya. 

Disini saya ingin share tentang kisah yang selama ni tak pernah saya bayangkan terjadi dalam hdup saya. Saya telah bercinta dengan bekas suami selama 2 tahun. Sejak zaman belajar lagi saya kenal dia kerana dia merupakan senior saya. 

Dia merupakan seorang #######, saya juga seorang #######. Beza umur kami hanya setahun. Kami berdua berasal dari negeri yang sama. Dia dapat posting ke sebuah negeri , setahun kemudian saya juga posting ke negeri yang sama dia posting. Kemudian hujung taun selepas saya posting saya berkahwin dengannya. 

Alhamdulillah, dalam sebulan lebih selepas kahwin saya dapati saya mengandung anaknya. Perasaan saya sangat gembira. Suami saya waktu itu mungkin gembira jugak atau dia pura-pura gembira. 10 bulan selepas kahwin, akhirnya saya bersalin. Saya bersalin di kampung. Suami saya msuk dalam labour room melihat dengan kedua matanya anak dilahirkan.

Namun..... Segalanya berubah...

Sebulan selepas tu, suami saya tergamak curang dengan rakan sekerjanya yang bakal berkahwin dengan orang lain dalam sebulan lagi. Tapi masa tu saya tak tahu lagi sebab saya berpantang di kampung, suami di negeri yang kami posting. Sebulan lebih suami tak balik tengok anak sebab cutinya sudah habis. 

Suami kerap kali minta saya bank in duit kerana katanya duit gaji bulan ini dah habis banyak guna. Tapi saya memang jenis tak berkira, kerana gaji bersih suami saya memang sikit sebab dia banyak loan. Loan dia pula maximum. Jadi, kamu semua boleh agaklah berapa je gaji dia. Kemudian suami saya balik time cuti Deepavali, masa ini dia pergi tambah loan sebab gaji dah naik. Selepas cuti Deepavali, suami cakap 2 minggulah lagi dia akan kerja. 

Saya nak ikut dia balik semula ke tempat kerja sebab saya nak cari pengasuh siap-siap sebab hujung tahun bulan 12 saya dah naik kerja. Cuti bersalin dah habis..Tapi dia menangis tak bagi. Dia cakap tinggal 2 minggu je lagi dia ada masa dengan kawan-kawan bujang untuk dia memancing, lepak, futsal dan badminton. Dia ungkit selama saya pregnant malam-malam dia tak boleh pergi mana pun. Jadi saya kena faham dan bagi ruang dia dengan kawan-kawan bujang. 

Akhirnya saya mengalah tak ikut.


Sampai dia di sana, dia dah kurang hubungi saya. Tak tanya pasal anak langsung. Status whatsapp dia yang selama ini dia letak nama saya sejak zaman bercinta lagi tiba-tiba dia tukar. Gambar whatsapp dia dah tak letak gambar saya dan dia, tapi dia tukar latak gambar anak.. ok la.. Saya pun tanya dia kenapa dia dah lain, tak call saya, tak mintak gambar anak. Status whatsapp pun dah berubah. 

Biasanya dia jenis tak cara benda-benda ini. Pastu dia cakap status whatsapp aku pun kau nak kongkong. Bergaduh la kami. Dia mula ungkit menyesal kahwin dengan saya la. Hidup dia terkongkong la. Pastu dia cakap dalam 2 minggu ni sahaja dia tukar status whatsapp itu. lepas 2 minggu dia tukar letak nama saya semula. Saya dah pelik, pastu gaduh-gaduh dia pun terus tak hubungi saya selama 2 minggu. Dia janji selepas 2 minggu dia balik kampug, tapi dia balik kampung lambat. 

Dia balik rumah mak dia, mak saya call kenapa tak balik kampung saya tengok anak. Dia cakap dia akan balik tapi lambat sikit. Dia pun balik dua hari kemudian, then esoknya dia pergi kenduri terus ke Cameron Highland. Family saya ikut sekali, tapi suami saya memang dingin seolah-olah tak ada perasaan rindu kat saya dan anak langsung.

Tanya 10 patah jawab sepatah. Saya fikir mungkin dia marah dengan saya sebab gaduh hari itu. Dia asyik dengan telefon tapi saya tak berani nak cek atau nak tuduh apa-apa sebab dia cakap saya ni suka kongkong dia selama ini. Pergi Cameron satu malam sahaja. Esoknya balik kampung saya. Malam itu saya tanya dia kenapa dia lain. Tak nak cakap dengan saya. 

Tiba-tiba dia cakap TAWAR HATI!!

Saya terkejut la. Dia cakap tawar hati sebab saya selama ini kongkong dia. Saya minta maaf MERAYU BERSUJUD CIUM KAKI suruh dia fikirkan anak saya.

Dia buat bodoh sahaja macam orang tidak ada perasaan. Esoknya balik rumah emak dia, sampai rumah mak dia dan dia cakap nak minta masa beberapa hari nak cari ketenangan bagi hati yang tawar boleh suka saya semula. Dia menangis minta saya faham dia nak cari ketenangan. Saya terpaksa izinkan dia, saya pesan kat dia sepanjang cari ketenangan solat dan baca quran. Dia jawab dia akan buat semua itu. Suami saya memang jenis tak jaga solat sebab itu saya pesan macam itu. Dia pun start kereta tinggalkan saya dan anak di umah emak dia. Sebelum dia bertolak, saya tanya dia checkup anak macam mana. Dia kata pergi sahaja dengan teksi dengan emak dia.

Rupa-rupanya... 

Saya dapat tahu sebenarnya dia bukan pergi cari ketenangan tapi dia pergi amik rakan sekerja dia yang lagi seminggu nak kahwin pergi bercuti ke Cameron bersama. Check in hotel dan dia check in hotel yang sama yang pernah saya honeymoon dengan dia waktu awal-awak kahwin.

Apa motif dia??? Jahat sungguh!!

Saya dekat rumah mak dia, menangis makan tak lalu, mesej dan call dia tapi tak dapat. Mereka bercuti selama 5 hari..

2 hari selepas balik bercuti perempuan itu kahwin. Ya, balik dari sana dan perempuan itu kahwin dengan lelaki lain yang sudah lama dirancangkan perkahwinan. Kiranya perempuan ini pun mungkin tidak jujur dengan bakal suaminya.

Suami balik jumpa saya. Tapi hari ini dia balik, esoknya saya dah gaduh dengan dia depan emak dia. Masa itu saya tak tahu dia pergi bercuti dengan perempuan itu. 

Saya hanya tahu dia pergi cari ketenangan. Kami gaduh depan emak dia. Dia buruk-burukkan saya macam-macam. Macam-macam dia cari salah saya. Siap reka-reka cerita lagi nak nampak saya buruk. Saya dah tak tahan, saya call family suruh datang tengok suami tengah buruk-burukkan saya depan family dia. 

Family saya pun sampai. Dia boleh tengking saya depan family saya.

" Kau ni tahu fikir aku ade perempuan lain sahaja, ingat senang ke nak cari perempuan lain." 

Dia macam orang gila hari itu. Suara tengking-tengking. Rupa-rupanya hari itu hari perempuan itu nikah, Dia mungkin tak boleh terima scandal dia jadi milik org lain.

Family saya bawa balik nak tenangkan dua-dua pihak.

10 hari saya keluar dari rumah emak dia, dia tak call saya langsung. Last-last saya call dia pujuk dia datang rumah emak saya sebab hujung minggu itu dah kena balik kerja.

Dia pun datang tapi dia masih dingin dengan saya. Dia datang cakap memang betul-betul tawar hati dan dah tak sayang saya.

Saya SUJUD KALI KEDUA. Keluarkan album kahwin tunjuk semua. Merayu suruh dia fikirkan anak. Dia boleh tolak saya. 

Dia cakap.. " Bodoh.. Babi.. Jangan paksa hati aku.."

Dia tak kesian langsung pada tangisan saya. Dia suruh saya kemas baju-baju dia yang ada di rumah emak saya. Dia cakap dia tak datang dah sini. Emak ayah dia sahaja datang. Saya call emak dia cerita ape yang jadi. Emak dia cakap anak dia mungkin kena buatan orang.

Family saya dan family dia berpakat bawa suami pergi berubat. Tapi ustaz itu cakap tidak ada apa pun. Balik dari jumpa ustaz, dia boleh cakap ada anak terbeban la, tak suka ada anak, susah nak bawa pergi jalan-jalan la..

Selepas tertangkap, saya dapat tahu dalam 10 hari saya keluar dari rumah emak dia. Dia tak call saya langsung rupanya dia pergi jumpa scandal dia yang dah sah jadi isteri orang. Masa itu suami scandal balik urus majlis belah lelaki.

Ok. Berbalik cerita hari saya balik ke negeri tempat kami kerja, saya bawa adik untuk mengasuh anak saya sementra cari pengasuh. Sampai sana malam, esoknya saya ajak dia keluar cari barang keperluan rumah. Dia suruh saya pergi dengan adik sahaja. Katanya dia nak pergi rumah kawan dia. 

Saya tak bunyi apa-apa sebab selama ini dia cakap saya ini kongkong dia. Rupa-rupanya dia pergi dating dengan perempuan itu sampai 12.30 malam. Esoknya meeting, dia keluar sampai 8.30 malam. Malam itu lah kantoi segala-galanya dan saya dapat tahu satu persatu segala kecurangan dia. 

Kantoi sebab kerani tempat kerja suami saya call beritahu saya bahawa suami perempuan itu buat laporan di tempat kerja yang isterinya diganggu. Saya kenal perempuan itu, saya tak tahu apa yang dia gilakan sangat pada perempuan itu sebab tak lawa pun.

Selama ini saya tahu mereka rapat tapi bagi saya mustahil untuk suami jatuh hati. Mereka sebenarnya bercinta sebulan lepas saya bersalin. Selalu karaoke, tonton wayang, dating berdua. Patutlah selalu minta duit dengan saya cakap gaji habis, lepas itu tak bagi saya ikut lepas Deepavali cakap nak masa 2 minggu dengan kawan. Rupanya nak masa dengan perempuan ini!

Lepas saya dapat tahu, hati saya kecewa remuk pedih sebab teringat layanan kejam dia pada saya. Saya pergi pada dia saya minta dia lepaskan saya. Dia tak mengaku, dia kata fitnah. Saya tunjuk bukti yang saya dapat. Dia tak tahu nak buat apa, dan dia lari macam itu sahaja pergi rumah bujang kawan dia.

Saya call dia banyak kali minta dia explain. Dia kata..

" Jangan call aku, aku nak tidur, esok meeting. Memang aku suka dia sebelum kahwin dengan kau lagi.."

Ya ALLAH, JAHATNYA DIA..

Dia burukkan saya pada rakan-rakan sekerja dia untuk tutup salah dia. Saya kemas baju-baju dia. Saya letak luar rumah, sebab apa? Sebab dia memang insan yang tak pernah bersyukur dengan kehadiran saya..

Saya banyak tolong dia.. Rumah sewa ini deposit saya bayar. Barang-barang dalam rumah semua saya yang beli. Belanja dapur, minyak kereta selama ini banyak saya yang support sebab gaji dia itu hanya cukup makan dia seorang sahaja. 

Masa pergi Cameron dengan dia pun semua saya dan adik saya yang support. Tapi dia boleh belanja perempuan itu macam-macam guna duit loan.

Selama saya jadi isteri dia, saya tak pernah minta duit dia. Malah saya yang banyak support dia. Dia tak ada duit nak isi minyak kereta nak pergi kerja, saya hulur lagi. Nak hadiah besday iphone 6 saya beli bagi pada dia. Apa yang dia nak semua saya berkorban untuk dia. Tapi ini balasan saya dapat selepas lahirkan anak dia?

Dia datang ambil baju dia, dia terus lafaz ceraikan saya. Dia pergi tanpa minta maaf. Tanpa minta peluang. Dia tak call saya tanya anak langsung. Masa itu dia yakin perempuan itu lah cinta hati dia. Dia yakin prempuan itu akan bercerai dengan suami juga.

Tapi suami prempuan itu tak nak cerai dan boleh terima even isteri dah serahkan tubuh dekat org lain sebelum kahwin dengan dia. 

2 bulan selepas itu, saya call perempuan itu saya cerita segalanya berape banyak loan bekas suami saya, berapa gaji bersih.

Saya cerita selama ni saya yang banyak support dia sebab itu dia nampak macam berduit. Saya cakap dia boleh belanja awak pun sebab dia tambah loan.

Perempuan itu terus tinggal dia. Saya juga ada baca email mereka chatting. Dalam email tu macam-macam dia burukkan saya pada perempuan itu. Dia cakap saya PAKSA dia kahwin sedangkan dia yang tergila-gilakan saya ketika bercinta dulu. Dia cakap saya PAKSA nak anak la.

Kemudian lepas perempuan itu tinggalkan dia, bekas suami datang cari saya semula minta peluang nak rujuk demi anak dan cakap dia dah sedar silap dia.

SORRY! 

Saya dah tak mampu nak maafkan dia. Sebab dia terlalu kejam. Bekas suami itu sebenarnya tak insaf pun tapi dia dah tidak ada siapa-siapa so dia cari la saya semula..

Sekarang saya hidup berdua dengan anak. Susah payah saya berdua. Allah kirimkan kawan-kawan yang boleh bantu saya time anak sakit atau time saya nak beli barang. Saya fight hak penjagaan dan nafkah anak. Doakan saya dapat pindah balik kampung duduk dengan family dan doakan saya jadi ibu yang kuat.

#kisahbenar

Related Posts

#Kisah Benar - Tak Sampai Setahun Suami Curang Selepas Isteri Bersalin! Curang & Siap Duduk Bilik Sama di Cameron Highland Masa Kami Honeymoon Dulu
4/ 5
Oleh