"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria Melalui Watak Pokemon Go

Sponsored Links
"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria
"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria
ISTANBUL 23 Julai - Mengambil kesempatan daripada populariti permainan Pokemon Go yang semakin meningkat, sebuah kumpulan media di Syria melancarkan kempen kesedaran terhadap kanak-kanak di negara itu yang memaparkan mereka memegang poster watak maya Pokemon.

Kempen itu dilancarkan oleh Pejabat Media Tentera Pembaharuan Syria (RFS) yang menentang kepemimpinan Presiden, Bashar al-Assad.

Gambar kanak-kanak dari pelbagai lokasi di Syria sambil memegang poster tertera watak Pokemon disiarkan di Facebook berserta keterangan ‘Saya di sini, tolong selamatkan saya’.

Portal berita The Independent melaporkan, satu daripada pos­ter menunjukkan seorang budak lelaki memegang poster bertulis ‘Nama saya Kafr Nabl di pinggir badar Idlib, tolong selamatkan saya’, manakala satu lagi poster tertera perkataan ‘Saya Kafr Zeta, selamatkan saya’.

Jurucakap RFS yang berpangkalan di Turki berkata, ketika media hangat memperkatakan permainan realiti maya, Pokemon Go, pihaknya memutuskan untuk menyiarkan gambar itu bagi menunjukkan penderitaan dialami rakyat Syria.

“Kami mahu membangkitkan kesedaran dan menarik perhatian tentang nasib kanak-kanak Syria di kawasan yang dikepung tentera kerajaan serta penduduk yang dibunuh Bashar dan sekutunya,” jelas jurucakap itu.

Gambar kanak-kanak Syria itu difahamkan telah dikongsi sebanyak 21,500 kali.
Ratusan pengguna Facebook turut menyatakan simpati dan mendoakan kesejahteraan kanak-kanak terlibat pada ruangan komen.

Malah, gambar itu turut dimuat naik di Twitter dengan antara pemilik akaun menulis kapsyen ‘Permainan realiti maya Pokemon yang tidak pernah ada lihat sebelum ini’.

Sejak permainan Pokemon Go menjadi kegilaan penduduk dunia, penduduk Syria melahirkan kekecewaan kerana permainan maya itu lebih menarik perhatian masyarakat berbanding nasib mereka.


Utusan online

Related Posts

"Tolong Selamatkan Saya" Luahan hati anak Syria Melalui Watak Pokemon Go
4/ 5
Oleh