Padah Pokemon Go! Lelaki ini Sesat Mencari Pokemon Hingga Masuk Dalam Kem Tentera!

Sponsored Links
Padah Pokemon Go! Lelaki ini Sesat Mencari Pokemon Hingga Masuk Dalam Kem Tentera!
Padah Pokemon Go! Lelaki ini Sesat Mencari Pokemon Hingga Masuk Dalam Kem Tentera!

Lelaki ditangkap semasa cari Pokemon di kem tentera

JAKARTA – Seorang lelaki warga Perancis ditahan di Indonesia kerana menceroboh sebuah pangkalan tentera ketika dia memburu Pokemon, kata polis semalam.
Warga Perancis itu bermain permainan telefon pintar, Pokemon Go semasa keluar berjoging kelmarin dan secara tidak sengaja memasuki sebuah kem tentera di Cirebon, Jawa Barat, kata ketua polis tempatan, Yusri Yunus.
“Dia sesat semasa bermain Pokemon dan telah ditangkap oleh seorang askar yang bertugas di pos kawalan kem ini,” katanya.
Pokemon Go ialah sebuah permainan popular yang memerlukan pemainnya meneroka kawasan persekitaran untuk mencari raksasa comel dinamakan Pokemon.
Yusri berkata, lelaki itu yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat farmaseutikal Perancis telah dibebaskan pagi semalam. – dpa sumber: Kosmo

Apa Nak Jadi dengan Dunia Nyata?

Nampaknya bila dunia games dimasukkan kedalam dunia sebenar menghasilkan satu khayalan yang sangat merbahaya. Ya, dalam masa singkat tunggu sahaja pelbagai lagi kes-kes pelik berkaitan gamers yang bermain permainan game Pokemon Go ini.
Tak percaya? InsyaAllah kita tunggu sahaja.


Related Posts

Padah Pokemon Go! Lelaki ini Sesat Mencari Pokemon Hingga Masuk Dalam Kem Tentera!
4/ 5
Oleh