SAPS, PAJSK, SSO, EMIS, APDM, SPLG, eOPERASI, UPUonline, SSDM, SMPK, Eprasekolah, eSaranaialah antara Sistem Aplikasi Online yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan di Malaysia masa kini. Kalau dahulu semua data bertulis, maka sekarang kebanyakkannya semua perlu di update di dalam server tertentu yang disediakan oleh KPM.
Antara sistem online yang paling terkenal ialah sistem e-operasi untuk di update oleh guru mengenai perkhidmatan dan peribadi. Selain itu, ada juga sistem APDM atau lebih tepat aplikasi pengkalan data murid yang menjadi tempat penyimpanan data pendaftaran murid di sesebuah sekolah.