Sponsored Links
3 Alasan Cuepacs Minta Umur Bersara di Tambah dari 60 ke 62 Tahun |
1. Mengikut Gerak Langkah Negara Maju yang Lain
Kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.
2. Tidak Berbaloi Melahirkan Pegawai berkelulusan Tinggi dengan Kos Tinggi yang Hanya Bakal Berkhidmat 4,5 tahun sahaja.
Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?" katanya.
3. Mengurangkan Kadar Pengaliran Wang Keluar untuk Pembayaran Pencen.
"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini
Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun
KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan
bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada
62 tahun.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara
melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura,
Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai
negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.
"Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.
"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan
pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah,
kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran
(PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima
tahun sudah nak
pencen?" katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir
2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha
Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs
Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.
Azih berkata,
pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi
penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap
kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran
tenaga kerja.
"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap
tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur
pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi
selepas ini.
"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda,
sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda
masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen
disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan
disebabkan kematian.
Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan
tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang
dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.
Beliau yang
agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan
kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk
meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak
menentu.
3 Alasan Cuepacs Minta Umur Bersara di Tambah dari 60 ke 62 Tahun
4/
5
Oleh
Unknown