Terperanjat! Syarat Dato Vida TRW tukar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan Cat Stadium Warna Pink!

Sponsored Links
Terperanjat! Syarat Dato Vida TRW tukar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan Cat Stadium Warna Pink!
Terperanjat! Syarat Dato Vida TRW tukar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan Cat Stadium Warna Pink!
ECOH jadinya apabila sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).

Apa yang menjadi perbualan adalah dua syarat yang dikenakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd itu.

Syaratnya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.

Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula  menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini.






Apatah lagi, kata mereka, TRW sudah sinonim dengan warna merah yang bukan sahaja mewakili warna bendera negeri Pantai Timur itu, tetapi juga melambangkan semangat dan kekuatan pasukan.

 
KAFA kali ini menang dalam negotiation demi identiti pasukan dan saya rasa ia mewakili hati peminat juga. Tak ada...
Posted by Axello Tacts on 

Antara komen yang tidak bersetuju di Facebook.
Pun begitu, tidak kurang juga yang tidak kisah dengan syarat-syarat tersebut dan merasakan pengukuhan kewangan adalah aspek paling penting yang perlu diberi perhatian pasukan itu.

Ada sebilangan yang melihat syarat itu sebagai satu yang positif.

Dalam laporan akhbar Berita Harian pada Jumaat, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu, dia tidak keberatan menaja TRW memandangkan dia juga berasal dari negeri itu, namun pengurusan TRW perlu mengikut syarat yang diberikan.

Berita dari http://www.astroawani.com/

Related Posts

Terperanjat! Syarat Dato Vida TRW tukar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan Cat Stadium Warna Pink!
4/ 5
Oleh