Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami

Sponsored Links
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami

Masalah Mati Pucuk adalah satu masalah yang semakin ramai di hidapi oleh rakyat Malaysia.  Disini Biskut Tawar juga ingin berkongsi Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami dan bagi mereka yang masih belum melihat Video Ustaz Azhar yang berkongsi Tips Amalan Kuatkan Tenaga Batin boleh tonton sekarang. 

Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)
Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)
Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin
1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami

2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
Lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Wallahu’alam

Related Posts

Doa Rawat Mati Pucuk di Kalangan Suami
4/ 5
Oleh